in ,

“Nampak muka rempit, lari je cepat” – [Video] Wanita Diragut Dua Kali Berturut-turut Tapi Netizen Salahkan Dia

Meragut ni adalah antara salah satu risiko hidup sebagai rakyat Malaysia. Hari-hari, mesti ada je dengar kes ragut ni dan ada yang sampai hilang nyawa.

Namun apa yang dialami wanita ini bertepatan dengan peribahasa yang kita selalu dengar, “sudah jatuh ditimpa tangga”.

Mana taknya, dalam video yang dimuat naik di Facebook ni, korang boleh tengok seorang wanita sedang berjalan di sebuah jalan dekat area Metro Prima, Kepong sebelum dia didatangi oleh seorang peragut.

Peragut yang menaiki motor ini pada awalnya kelihatan macam nak tanya jalan, tapi bila sampai dekat dia cuba ambil barang kemas yang dipakai wanita ini hingga wanita malang tu terjatuh ke atas jalan.

Belum sempat wanita ini bangun, seorang lagi penunggang motosikal telah memberhentikan motor dan berlakon seperti nak tolong, tapi bila lelaki tu turun dari motor, dia pun cuba nak ragut wanita tu juga. Aduhhh

Dari video ni, boleh nampak macam dua peragut ni bekerjasama sebab sebelum peragut pertama tu buat “kerja”, dia kelihatan seperti bagi isyarat tangan pada penunggang lagi satu.

Seperti meragut, menyalahkan mangsa pun adalah antara masalah masyarakat dekat Malaysia ni. Di ruangan komen ini, ada segelintir netizen yang menyalahkan wanita malang tersebut.

Manalah kita nak tahu benda nak jadi kan? Lagi-lagi tempat yang kita memang dah biasa pergi.

 

Baca: Bersungguh Lawan Peragut Tarik Beg Hingga Terjatuh, Wanita Tak Sangka Rupa-rupanya Dia Sedang Berbadan Dua!