in

“Nampak miskin pada harta, tapi jiwanya kaya” – Penjual Sayur Miskin Ini Dipuji Rajin Bersihkan Jalan di Taiping, Tak Kira Siang & Malam

Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang sifat yang mulia tak boleh dilihat pada penampilan luaran saja, tapi juga pada hati manusia tersebut yang benar-benar ikhlas. Jadi kalau korang nampak seseorang tu selekeh, busuk mahupun miskin… jangan terus judge! Mana tahu dia ada hati yang baik dan suka menolong orang.


Hal ini samalah dengan kisah menyentuh hati seorang lelaki yang viral di Facebook baru-baru ini. Suka membersih jalan-jalan di sekitar Taiping tanpa meminta sebarang balasan, ramai yang tak tahu lelaki ni ada kisah yang menyedihkan. 

Ini apa yang dikongsikan netizen mengenainya.

 

“Beliau tak ada pekerjaan tetap dan menyara keluarga dengan menjual sayur-sayuran… dalam masa yang sama, selalu dilihat menyapu dan membersihkan Taiping” 

Mungkin orang-orang di Taiping sudah mengenali Husin, bagi yang tak kenal dengan bro ‘legend’ ni, dia dianggap sebagai insan yang hebat kerana gemar membersihkan kawasan pejalan kaki di Taiping. 

Meskipun berasal dari keluarga yang susah dan hanya menjual sayur untuk menampung keluarga dan ibunya yang sakit, Husin masih ada masa untuk bersihkan Taiping dari dedaun gugur dan sampah dari orang lalu lalang.

Kisah 1
sumber: facebook

60147480 2066774213616086 8529703688627814400 N

60129477 2066774436949397 8247448462388363264 N

60224346 2066774390282735 5837110513770692608 N
sumber: facebook

 

“Jika tak berkesempatan membersihkan pada waktu siang, dia akan mengorbankan waktu malamnya” 

Min pun tak tahu dari manalah Bro Husin kita ni dapat tenaga untuk terus bekerja pada waktu pagi dan kalau ada masa terluang, bersihkan pula kawasan pejalan kaki pada waktu malam.

Impiannya hanya satu. Husin mahu memiliki motosikal agar dapat mengurus masa dengan lebih baik untuk melakukan kerja dan bantu masyarakat di sekelilingnya. Mulianya hati Husin ni!

Kisah 2

60847359 2066774296949411 4484257212088188928 N

60152446 2066774253616082 2296087137029718016 N
sumber: facebook

 

“Orang gini yang majlis perbandaran patut ambil kerja” 

Rata-rata netizen sangat terharu dengan apa yang dilakukan lelaki ini sehingga ada yang suggest supaya Majlis Perbandaran Taiping ambil dia bekerja. Daripada buat kerja ni free, eloklah bergaji. Boleh juga brader kita ni beli motosikal dan jaga mak dia kan?

Perbandaran
sumber: facebook

Semoga urusan hidup bro Husin ini dipermudahkan dan impiannya untuk memiliki motor tercapai jugak satu masa nanti.

Baca: “Akhlak mulia seorang pemimpin” – Mufti WP Rela Basah Kuyup Bantu Orang Tolak Kereta

Basah Kuyup

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.