in

“Akhlak mulia seorang pemimpin” – Mufti WP Rela Basah Kuyup Bantu Orang Tolak Kereta

Mufti Wilayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Foto menunjukkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bantu orang awam ketika hujan lebat viral di media sosial baru-baru ni.


Menurut Utusan, pada mulanya foto Dr. Zulkifli yang berjubah putih ketika kejadian viral tanpa diketahui identitinya namun selepas diselidik barulah orang ramai tahu yang individu tu adalah beliau.

Gambar yang dikongsi di Facebook tu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya memuji sikap rendah diri dan akhlaknya yang mulia tu.

“Entah abang tu tahu atau tak.. Mufti Wilayah yang bantu tolak kereta dia dalam hujan.”

Mufti
sumber: facebook

Menurut komen dari netizen, lelaki berjubah hitam di sebelah kanan Dr. Zulkifli itu pula adalah personal assistant beliau yang juga tidak kisah dengan cuaca hujan lebat tu dan turut sama bantu. Mereka berdua dikatakan bantu individu tersebut di sebuah jalan sekitar Dengkil antara pukul 4 hingga 5 petang, kelmarin (10 Oktober).

Netizen yang baca post tu tak lepaskan peluang memuji dan mengagumi sikap yang wajar dicontohi seperti ditunjukkan Dr. Zulkifli. Yang baik kita jadikan ikutan…

Mufti 1 Mufti 2 Mufti 3

Mufti 4
sumber: facebook

Sudah menjadi lumrah orang yang kuat pegangan agama dan seorang pemimpin Islam menjaga akhlak mereka. Selain Dr Zulkifli, ramai juga ahli agama serta pemimpin Islam yang lain menunjukkan contoh akhlak yang baik dan patut dicontohi. Kita sebagai umat Islam, pastikan benda yang baik dijadikan ikutan…

Baca: Sanggup Turun Naik Demi Islamkan Seorang Gelandangan

Ustaz Ebit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.