in

“Nampak lagi muda” – Viral Foto Kim Jong Un Kurus, Netizen Terkejut Perubahan Pemimpin Korea Utara

Kim Jong Un Kurus Netizen Terkejut E1631853910999

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah sekian lama tidak muncul di khalayak ramai, pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un semalam membuat membuat kejutan apabila viral gambarnya kelihatan sedikit kurus daripada kebiasaan.



Foto tersebut yang tersebar di Twitter telah mendapat perhatian ramai yang mana rata-rata netizen agak terkejut melihat perubahan yang berlaku kepada pemimpin kuku besi tersebut. Uiks betul-betul dah kurus lah! 

Gambar itu menurut Associated Press telah dirakam dalam satu majlis keramaian di Korea Utara yang memaparkan pertunjukan anjing askar dan pekerja kesihatan memakai pakaian hazmat berwarna oren.

Laporan media antarabangsa juga sempat mengulas dengan mengatakan Kim kelihatan lebih muda dan bertenaga serta nampak gembira bersama kanak-kanak yang mengiringinya semasa pertunjukan tersebut.

800

 

“Kim Jong Un pun dah kurus, korang bila lagi?” 

Foto tersebut ternyata mendapat pelbagai komen daripada netizen dan kebanyakannya memberi respon positif akan tindakan pemimpin tersebut mahu menjaga kesihatan.

Ramai juga mengambil berita ini sebagai semangat untuk kuruskan badan.Yelah kan kalau Kim Jong Un boleh, korang pun mesti boleh punya! 

Kim Jong Un Kurus Komen

Marilah kita mula berdiet mulai hari ini ye. Semoga cepat kurus! 

Baca: “Ada iras Lee Jong Suk sikit” – Penjual Bakso Mirip Pelakon Korea Ini Jadi Bualan Netizen Indonesia

Lee Jong Suk Shopee

Sumber: Kompas
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.