in

Nak Tanya Harga Je, Tak Tentu Pasal Pelanggan Ini Kena Tarbiah Dengan Online Seller

Onlineseller12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah paling common yang kita selalu kena hadap dengan online seller ni selalu bab-bab PM harga kan? Biarpun KPDNKK dah berkuatkuasa pasal “PM untuk harga” ni salah, masih ada yang buat.


Tapi lain pula masalah ini, niat nak jadi pelanggan untuk beli barang, tapi tak tentu pasal kena tarbiah pasal adab berkenalan pula.

 

“Tanya harga jawab jela harga”

Online Seller Onlineseller2
“Inb4 kalau kau gi kedai, tanya promoter harga barang, adakah promoter akan kenalkan diri dia? Tidak bukan?”
Menurut perbualan yang dikongsikan oleh Piah di atas, pelanggan ni nak beli buah nangka, mungkin ternampak iklan suruh WhatsApp kalau nak tahu harga barang.
Dia pun buat lah, tapi bila ditanya, lain pula nak jawab respon, siap ajak berkenalan lagi. Kalau baca conversation ni, mungkin sebab tak jawab salam kot, sampai online seller ni emo.
Online Seller siap pos dekat FB pasal perkara ni
Onlineseller3
“Pening aku kalau semua online seller macam ni”
Onlineseller4
Rata-rata netizen menyokong dengan tindakan pendapat wanita ini, cukup sekadar urusan jual beli dan tak payah nak tahu pasal hal detail orang.
“Bagitahu harga, kan senang” – Netizen
Onlineseller5 Onlineseller6 Onlineseller7 Onlineseller8 Onlineseller9 Onlineseller10
Onlineseller11
Sumber : twitter
Namun begitu, ramai yang beranggapan bahawa itu adalah teknik peniaga untuk rapatkan hubungan dengan pelanggan, tapi cara dia ni macam dah over sangat.
Tak semua pelanggan suka melayan karenah peniaga, ada segelintir yang mahu berurusan dengan mudah. Mungkin niat peniaga ini lakukan begitu sebagai sebahagian daripada PR Strategy tapi macam tak berapa berkesan sebab hilang profesionalism sampai sebarkan di FB
Tak dinafikan adab perkenalan itu ada, cuma sebagai perniaga usahlah perbesarkannya sebab customer always right bukan?
Salemerundum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.