in

“Nak sangat menunjuk kan” – Lamborghini Berasap Lepas Pemilik Show Off Panggang Daging Dekat Ekzos

Fi Kete

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap seorang dari kita mesti ada angan-angan kan untuk mempunyai kereta mewah idaman sendiri. Kalau ada rezeki, mesti korang akan jaga dengan elok sampai orang nak pinjam pun susah nak kasi kan?



Tapi cara seorang pemuda ni ‘memanfaatkan’ kereta mewah dimilikinya, mungkin agak kurang disenangi oleh orang ramai.

Panggang daging babi dekat ekzos kereta 

Kisah ini terjadi di China dimana seorang pemuda yang memiliki kereta mewah model Lamborghini Aventador, melakukan perkara luar kotak pemikiran apabila dia sengaja memanggang daging babi di ekzos supercar nya itu.

Video kejadian itu telah viral, di mana menunjukkan pemuda terbabit serta beberapa orang rakannya berkumpul dan melakukan perkara tersebut di sebuah garaj bawah tanah di Changsha, dekat wilayah Hunan.

Mereka sepakat nak cuba gunakan ekzos kereta itu untuk panggang daging tersebut, lalu pemuda itu menekan pedal minyak berulang kali dan dilihat api keluar dari ekzos kereta tersebut. Seorang dari rakannya pula berada di belakang kereta dan memegang daging itu yang dicucuk pada sebatang besi.

Kete 1

Kete 2

 

Kereta berasap… Tangki air meletup

Tengah dok gian sangat tekan pedal minyak, tiba-tiba asap putih keluar dari kereta tersebut. Menurut sumber perkara ni jadi sebab kenderaan jadi semakin panas, sebelum tangki air kereta mewah itu pula meletup.

Selain itu juga, difahamkan penyejuk kereta mula bocor dari bawah kenderaan dan dapat dilihat pemuda tersebut beserta rakan-rakannya terpaksa menjauhkan diri dari kereta tu untuk seketika sampailah asap tu hilang.

Walaupun pemuda tersebut diannggarkan mengalami kerugian kira-kira 500,000 yuan (kira-kira RM323,506), mereka langsung tidak kecewa malah boleh lagi tersenyum dan ketawa bersama-sama.

Kalau min, mahu dah menangis kalau jadi macam ni. Korang jangan pula test dekat kereta korang tu ya.

Sumber : Harian Metro, Youtube

 

Baca : “Dosa tak kalau gelak?” – Kereta Masuk Dalam Air Lepas Pemandu Syok Menari, Nasib Baik Semua Selamat

Foot Kete

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.