in ,

“Nak gelak ke nak kesian?” – Netizen Terhibur Tengok Aksi Abang Delivery Ini Panjat Pagar Rumah Sebab Takut Dengan Anjing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim PKP ni hampir semua orang beli barang online. Dan yang berhempas pulas mestilah abang-abang delivery yang kerja siang malam untuk pastikan barang kita selamat sampai.


Admin nak share satu kejadian yang berlaku kat salah seorang abang delivery yang viral kat media sosial baru-baru ni. Dari video @ImanAsharudin kita boleh tengok abang delivery berusaha sedaya upaya menyelamatkan diri? Selamatkan diri dari apa? Haa.. korang tengok lah video kat bawah ni.

 

Sampai panjat pagar tu

Aduh tak pasal-pasal abang tu kena panjat pagar sebab takut anjing punya pasal. Anjing tu pun satu, time orang tengah hantar barang lah nak kacau pun, pilihlah masa yang sesuai sikit.

Memang gelak besar weh. Admin tengok 3-4 kali pun masih gelak lagi. Kesian pun ada kat abang delivery tu.

Kalau admin pun petak gak weh. Luar pagar ada anjing, dalam pagar ada anjing. Kalau anjing tu lepak relaks je takpe. Ni dok menyalak tak henti, memang panjat pagar lah jawapannya.

Admin rasa betul. Kalau korang ingat lagi, ada satu video sorang budak kecik tu kejar balik anjing yang kejar dia. Memang tak cukup tanah anjing-anjing tu lari.

Kalau ada nampak memang admin bantai gelak gak. Pastu masuk rumah sambung gelak lagi. Memang lawak weh. Harap abang delivery tu steady lah menghantar barang dan tak panjat pagar orang.

 

Baca: “Weh ending dia ” – Cubaan Wanita Ini Selamatkan Anjing Jalanan Buat Netizen Sedih Sebab…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.