in

Najib Akan Terima Nasib Yang Sama Macam Anwar Tahun 1998

Malaysia Pm Najib Razak 7591
Malaysia's Prime Minister Najib Razak walks to the parliament house before a session in Kuala Lumpur, Malaysia, Wednesday, March 28, 2018. Embattled Najib is expected to seek parliamentary approval Wednesday for the new voting maps which critics said will worsen inequality among the constituencies and etch them based on racial lines. (AP Photo/Sadiq Asyraf)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa yang berlaku pada tahun 1998 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin tak dapat dilupakan mana-mana pihak terutamanya penyokong setia Reformasi. Apa yang jadi persoalan, mungkinkah Datuk Seri Najib Razak akan menerima nasib yang serupa seperti Ketua Umum PKR ni?


Menurut MMO, UMNO percaya yang bekas PM ni akan alami nasib serupa dengan cara bagaimana beliau dilayan serta kemudian dipenjarakan seperti apa yang berlaku pada 1998 dulu. Emm ye ke ni? 

Najib Razak Court0407J
sumber: mmo

Dalam satu statement yang dikeluarkan parti tersebut, trend ni dah mula kelihatan bila Najib telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan korupsi serta bakal menghadiri perbicaraan pada tahun depan. Perkara ni semua pulak berlaku hanya dalam masa dua bulan lepas PH menang pilihanraya.

“Sama macam Anwar pada tahun 1998, mereka akan pastikan Najib didapati bersalah dan dimasukkan ke penjara. Ini adalah keutamaan kerajaan Pakatan Harapan yang mana mengamalkan politik dendam,” kata kenyataan UMNO tersebut.

Anwar Ibrahim Lepas Penjara
sumber: blog

Menurutnya lagi, kerajaan PH tidak boleh diharap dan hanya bertindak seperti ‘vacuum cleaner’ dengan memperbetulkan kesalahan lampau tapi tak berani muncul dengan inisiatif baru untuk kurangkan beban rakyat.

“Ia bukan melebih-lebih untuk kami katakan yang rakyat tak selesa pun dengan kerajaan sekarang kerana mereka terlalu fokus dengan kes 1MDB dan GLC,” tambahnya lagi yang turut tak berpuas hati kerana kononnya Najib telah dihadapkan ke mahkamah ‘tanpa bukti yang kukuh’.

Apa-apapun marilah kita doakan yang terbaik untuk negara ni…

Baca: 6 Sebab Kenapa Kes Anwar dan Najib Tak Serupa!

Anwar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.