in

6 Sebab Kenapa Kes Anwar dan Najib Tak Serupa!

A N

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan dejavu, penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kita akan peristiwa 20 tahun lalu melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hampir melalui situasi yang sama.


Ditahan, dijelkan dan dihadapkan ke mahkamah, ramai penyokong Najib anggap apa yang dilalui bekas pemimpin tu hampir serupa dengan apa yang dilalui Anwar ketika negara berada di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tapi tahukah korang, sebenarnya ia tak sama langsung? Ini kami senaraikan 6 sebab kenapa kes Anwar dan Najib tak serupa hasil perkongsian Facebook Bebas Anwar

 

1. Dua-dua merupakan ikon negara tetapi…

Pada tahun 1998, penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ramai pihak marah terhadap kerajaan sehingga mencetuskan slogan ‘Reformasi’. Ini sekaligus membuatkan Anwar dikenali sebagai ‘Ikon Reformasi‘ di mata dunia kerana secara terang-terangan mengkritik budaya nepotisme dan kronisme dalam UMNO yang dianggap sebagai punca utama rasuah dan penyalahgunaan bajet negara berlaku.

Anwar Reformasi
sumber: blog

Namun lain pulak dengan Najib yang terpalit dengan isu 1MDB, dunia menggelarkannya sebagai ‘Ikon Kleptokrasi’ kerana didakwa menyalahgunakan kuasa dan wang rakyat untuk kepentingan sendiri. Jadi sama atau tak Anwar dan Najib?

Macc Najib Razak 20180524 Hasnoor 010 Full
sumber: the malaysian insight

 

2. Anwar asaskan parti yang menawan Putrajaya tapi Najib….

Sejurus pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 oleh Dr. Mahathir, beliau dan penyokongnya telah membentuk pergerakan yang dipanggil Reformasi. Pergerakan ni kemudian buat pembaharuan dengan tubuhkan sebuah parti iaitu Parti Keadilan Nasional. Tidak lama selepas tu, ia bergabung dengan parti pembangkang lain sehingga tercetusnya Pakatan Harapan sekarang yang memerintah Malaysia.

Anwar Pkr
sumber: blog

Lain pulak dengan Najib, beliau tidak berjaya mempertahankan kemenangan Barisan Nasional dan menjadi punca perpecahan dalam parti. Disebabkan kekalahan ini, Barisan Nasional kehilangan banyak parti komponen lain (terutama dari Sabah dan Sarawak) sehingga tinggal 3 parti asal yang dahulunya meneraju Malaysia semasa sebelum zaman Tun Razak.

Najib Bn Mani 03
sumber: blog

 

3. Anwar ada puluhan ribu pengikut tetapi Najib…

Mungkin mereka yang pernah terlibat dalam perhimpunan Reformasi boleh imbau kenangan ni. Puluhan ribu orang sanggup bersorak di mahkamah semata-mata kerana ingin beri sokongan moral pada Anwar. Namun dalam situasi penahanan Najib, hanya 50 orang dikatakan hadir di SPRM sebagai tanda solidariti kepada bekas PM tersebut. Uhuhu…

P4 Final A C1209765 141028 921
Penyokong anwar | sumber: the sundaily
Screen Shot 2018 07 03 At 11.09.33 Pm
Penyokong najib | sumber: blog

 

4. Anwar dilayan dengan kasar oleh polis tetapi Najib…

Rasanya tak ada siapa dapat lupakan pengalaman yang dilalui ahli keluarga Anwar Ibrahim sendiri ketika rumah mereka diserbu dan bekas TPM tersebut ditahan sebelum diberi peluang untuk disoal siasat atas kesalahannya. Bekas pemimpin tu jugak telah dilayan dengan kasar semasa dalam tahanan sehingga matanya lebam kerana ditumbuk.

Mata Lebam1
sumber: keadilan daily

Berbeza dengan Najib, beliau telah dijemput dengan sopan untuk menjalani sesi soal siasat selama dua hari bersama SPRM dan selepas itu barulah bekas pemimpin tu ditahan oleh polis untuk pendakwaan. Najib juga tidak dipakaikan baju lokap mahupun digari tangannya ketika dibawa ke mahkamah. Selepas diikat jamin, beliau boleh pulang ke rumahnya di Taman Duta.

2205 Najib Macc Leaves2
sumber: mmo

 

5. Penyokong Anwar Diancam FRU tetapi penyokong Najib…

Kalau korang tanya dekat penyokong setia Anwar, mesti dorang cakap yang dorang dah cukup biasa kena sepak terajang dan disembur gas pemedih mata FRU tu. Tapi kita sendiri boleh lihat semalam serta pagi tadi di mahkamah, penyokong Najib langsung tidak diganggu. Tun Faisal bebas mengajak supporters menyanyi lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ pada bekas PM walaupun ditegah polis. Pihak polis sungguhpun menegur, mereka tidak menangkap atau mengasari penyokong.

Cinema1 Horz
sumber: blog
36630780 10155521029295906 3404473060592451584 N
sumber: facebook

 

6. Tiada barang mewah yang luar biasa di rumah Anwar tetapi Najib… 

Semasa rumah Anwar diserbu, pihak polis tidak merampas atau menjumpai apa-apa barang mewah milik bekas TPM yang boleh dirampas untuk disabitkan kesalahan rasuah atau penyalahgunaan wang. Namun berbeza dalam situasi Najib, ratusan beg tangan, barang kemas dan wang yang hampir mencecah RM1 bilion dirampas daripada beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengannya.

Tas Mewah Rosmah Mansor 20180518 211657
sumber: blog

Macam mana? Korang masih rasa kes Najib dan Anwar serupa ke? 

Baca: 50 Tahun Jatuh Bangun Anwar Ibrahim 

Anwar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.