in

Mutasi Baharu Covid-19 Di Malaysia Lebih Dahsyat & Agresif, Dah Jangkiti 120 Individu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika sidang media perkembangan terkini kes Covid-19 di Malaysia semalam, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu yang kumpulan pengkaji perubatan telah menemui mutasi coronavirus yang menjadi punca Covid-19 di Malaysia.


Menurut Ketua Pengarah KKM ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menemui variasi SARS-CoV-2 yang lebih agresif dan telah pun menjangkiti seramai 120 individu di Malaysia.

Tambahnya lagi, mutasi ini membabitkan kes ke-26 di mana mutasi tersebut dikesan pada kodon 15, lapor Awani.

Mutasi baharu ini lebih dahsyat dari segi jangkitan ataupun penularan dalam kalangan individu-individu terlibat, itu yang pasti.”

Dr Noor Hisham turut memberitahu, kini IMR sedang membuat ujian dan penyelidikan virus ini dengan melakukan pengasingan dan kultur yang berbeza untuk menemui sama ada, ada strain lain atau tidak.

Pun begitu, Dr Noor Hisham berkata kajian perlu dilakukan dulu bagi betul-betul memastikan tahap keterukan yang perlu kita hadapi.

 

Baca: [TERKINI] 94 Kes Baru, 55 Kes Pulih & Tiada Kematian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.