in

“Muslim bukan pengganas” – ‘Eggboy’ Nak Beri Duit GoFundMe Kepada Mangsa Christchurch

Feat 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti tahu kan cerita pasal Egg Boy? Remaja berusia 17 tahun ni telah diangkat sebagai hero apabila dia dengan beraninya memecahkan telur ke kepala ahli politik Australia, Senator Fraser Anning.


Egg Boy atau nama sebenarnya Will Connolly ini memecahkan telur selepas Senator tersebut membuat komen victim blaming ekoran serangan tembakan rambang di masjid Christchurch.

Namun, kerana tindakan berani mati itu, Anning yang terkejut telah menampar dan menumbuk remaja ini. Will kemudiannya, ditangkap dan ditahan pihak berkuasa atas tindakannya tersebut.

Eggboyfraseranningbogans 637X397

Selepas berita tentang penahanannya tular, seorang individu telah membuat page GoFundMe, untuk membantu bayar yuran guaman remaja ini.

Difahamkan, sehingga kini page tersebut telah meraih wang sebanyak $56,725 (RM231,000)!

Bagaimana pun, individu yang membuat kutipan derma ini memberitahu, Will telah menghubunginya dan mengatakan dia mahu sebahagian besar dari wang ini diberikan kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

Screenshot 2019 03 19 At 10.53.02 Am

“Saya ada membaca satu pos yang mengatakan kita tak patut ambil apa-apa keuntungan dari tragedi seperti ini. Jadi, Saya rasa awak patut berikan duit ini kepada mangsa Christchurch.”

Korang semua jangan risau, Will telah pun dibebaskan tanpa apa-apa dakwaan. Dan, sejurus selepas dia dibebaskan, Will telah bercakap mengenai insiden ini di Twitter.

“Ini adalah momen paling membanggakan dalam hidup saya. Saya juga nak beritahu, Muslim bukan pengganas dan keganasan tak ada agama. Sesiapa yang merasakan Muslim adalah komuniti pengganas, anda mempunyai ‘kepala kosong’ yang sama seperti Anning.”

Malangnya, tanpa sebab-sebab yang jelas, selepas tweet ini dimuatnaik, akaun media sosial Will telah digantung. Tak dapatlah korang nak follow perkembangan dia lepas ni!

Tindakan Will ini memang berani dan patut dibanggakan. Bayangkan umur baru 17 tahun tapi dah berani nak bersuara untuk defend benda yang salah. Admin salute!

 

Baca: Salahkan Imigran Muslim Jadi Punca Serangan Di Christchurch, Senator Dibaling Telur Sewaktu Temubual

Screenshot 2019 03 19 At 11.08.31 Am

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.