in

“Murid paling rajin” – Dituduh Pembuli Di Sekolah, Kawan & Cikgu ‘Back Up’ Uqasha?

Collage 39

Baru-baru ini, kenyataan seorang wanita mengatakan dia pernah dibuli secara mental dan fizikal oleh pelakon Uqasha Senrose telah mendapat perhatian ramai netizen.

Menurut wanita tersebut, ketika di sekolah dahulu, dia sering dibuli oleh Uqasha sehingga dia mengalami tekanan dan mahu membunuh diri sampaikan dia terpaksa pindah sekolah untuk mengambil SPM.

Tak mahu mendiamkan diri, Uqasha mengatakan yang tuduhan tersebut adalah fitnah dan meminta agar wanita tersebut memberikan bukti sekiranya benar dia pernah bertindak seperti yang diceritakan.

Ada pula yang cakap saya dan fitnah saya sebagai pembuli. Dengan satu gambar tu saya dah dicop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa ni? Dan gambar tu siapa yang ceria.”

Rakan dan cikgu back up Uqasha

Ekoran ini juga, beberapa kawan dan cikgu sekolah Uqasha telah tampil ke hadapan untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh individu tersebut.

Menurut salah seorang rakan rapat Uqasha ketika di sekolah SMK Pandan Indah, pelakon tersebut merupakan seorang yang baik dan lemah lembut.

Mana-mana dia dengan kitaorang je. Orangnya baik, lemah lembut je cakap. Tak pernah kacau orang dekat sekolah. Orang je banyak iri hati dengan dia sebab dia cantik.”

Cerita ini turut dikuatkan dengan kenyataan seorang lagi rakan sekolah Uqasha yang mengatakan dia telah berkenalan dengan pelakon tersebut di sekolah selepas menemui Uqasha menangis di dalam tandas selepas dibuli.

Di Twitter, pelakon ini turut mengulang kicau beberapa tangkap layar menunjukkan cikgu-cikgu yang pernah mengajar Uqasha memberikan komen mereka terhadap isu ini.

Ekoran ini, netizen telah meminta individu yang menuduh Uqasha ini untuk tampil juga memberikan bukti bahawa dia pernah dibuli dan bukannya hanya sekadar “cakap”.

Sis, you better minta maaf. First, you takde bukti solid u kena buli. No one ever come forward utk sahihkan cerita u so far? But plenty of people commenting pasal good side of uqasha (cikgu, kawan2 sekolah & few others). So please stop play victim lah.”

Takpelah Uqasha fokus dulu jaga Kamal Adli ya…

 

Baca: “Masih terkejut & trauma, difitnah” – Wanita Dakwa Alami Depresi Kerana Dibuli Uqasha Masa Sekolah

Ft Wanita Dakwa Dibuli Uqasha