in

“Mungkin gurauan rakan sedarjah” – Kenyataan Timbalan IGP Isu Ugutan Rogol Pelajar Dikecam Netizen

Ugutan Rogol Kes Berat Tigp

Beberapa hari ini, viral di media sosial isu seorang pelajar perempuan Tingkatan 5 yang mendakwa guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) telah membuat lawak rogol di dalam kelas hingga mencetuskan kemarahan netizen.

Susulan isu tersebut, remaja perempuan berkenaan, Ain Husniza Saiful Nizam telah membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan. Dia juga katanya telah menerima ugutan rogol dari pelajar lelaki di sekolah dan telah membuat laporan polis berkenaan isu itu juga.

Berikutan kes terbabit, Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani telah membuat sidang media berkaitan isu tersebut di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam.

71619417973 Datukacrylsani

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Timbalan KPN ini telah menerima kecaman netizen selepas didakwa beliau menyifatkan ugutan rogol terhadap pelajar tersebut sebagai “mungkin gurauan oleh rakan sedarjahnya”, lapor Malaysiakini.

Pelajar berkenaan (Ain) telah membuat dua laporan polis, pertama beliau membuat berkaitan dengan apa yang beliau rasakan pendekatan guru tersebut tidak begitu proper (wajar).

“Semalam beliau membuat laporan tambahan berkaitan dengan mungkin gurauan daripada rakan sedarjahnya yang beliau mungkin tidak dapat terima,” katanya.

 

“Bila bab ni, boleh pulak kata benda gurau je” 

Kenyataan yang dikeluarkan Acryl Sani tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata berpendapat isu rogol tidak boleh dianggap sebagai suatu gurauan.

Malah Timbalan KPN itu juga telah mendapat kritikan hebat daripada penceramah isu seksualiti dan kekeluargaan, Akhi Fairuz Al Jengkawi di Twitter yang mahu tindakan tegas diambil berhubung isu ini.

 

Trending hashtag #CancelTimbalanIGP?

Malah lebih mengejutkan warga Twitter kini sedang tular hashtag #CancelTimbalanIGP sebagai tanda protes akan kenytaan tersebut. Hashtag tersebut kini telah sudah mencapai lebih 10,000 tweet.

Joke

Apa-apapun harap netizen bertenang dan semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga mangsa juga tabah dengan kecaman dan ugutan yang diterimanya. 

Baca: “Kalau nak rogol jangan rogol bawah 18″ – Pelajar Dedah Cikgu Lelaki Buat Lawak Lucah Dalam Kelas, Netizen Geram

Rohol

Sumber: Astro AWANI
Sumber: Twitter