in

“Mungkin dia geram tengok..” – Kongsi Insiden Diraba Dalam Tren, Wanita Kecewa Dapat DM ‘Kotor’

Wanita Kena Sa Di Dalam Tren Terima Dm Kotor

Agak menyedihkan bila memikirkan ramai golongan wanita di luar sana terpaksa berhadapan dengan masalah gangguan seksual hampir setiap hari tak kira di mana mereka berada walaupun isu ini telah mendapat perhatian ramai pihak.

Terbaru kali ini melibatkan seorang wanita yang berkongsi pengalaman ngerinya menerima gangguan seksual di tempat awam namun perkongsiannya itu telah menerima komen ‘kotor’ dari seorang netizen.

Wanita cerita insiden kena raba dalam tren

Menerusi perkongsian @balqiszairul di Twitter, dia bercerita mengenai kejadian menimpa sahabatnya yang telah diraba oleh seorang individu tak dikenali ketika berada di dalam tren.

Dari gambar yang dimuat naik, individu itu merupakan seorang lelaki memakai baju putih dan didakwa telah menggunakan jarinya untuk meraba bahagian punggung mangsa.

Fzs Rajuiaenknz

https://twitter.com/balqiszairul/status/1556908558276444160

Bila perbuatannya diketahui, lelaki berkenaan dengan pantas menutup seluarnya di bahagian alat sulit. Kejadian yang berlaku di dalam tren dari stesen Abdullah Hukum ke Setiawangsa ini juga katanya berlaku kepada wanita lain juga. Adui! 

https://twitter.com/balqiszairul/status/1556909583712432129

“Mungkin dia geram tengok b*nt*t u yang padu” 

Namun agak menyedihkan apabila sahabatnya telah menerima DM berunsur seksual dari seorang lelaki selepas berkongsi akan kejadian yang menimpanya di Instagram.

Dalam tempoh 24 jam, kawan baik saya telah menerima gangguan seksual dari dua orang lelaki berbeza, secara fizikal dan online. Ia buat saya sedih melihat wanita yang saya sayang berasa tidak selamat untuk bekerja. 

“Dia memakai pakaian kerja yang sesuai, skirt panjang yang longgar dan berhijab,” katanya.

Fzs

Menurut Balqis, dia telah pun berhadapan dengan lelaki berkenaan dan menegur perbuatannya namun tidak diendahkan oleh lelaki itu.

Posting ini telah menerima pelbagai reaksi netizen yang mana rata-rata sangat sedih dan kecewa dengan apa yang menimpa sahabat Balqis ini.

Diharapkan kita di luar sana lebih peka dengan masalah gangguan seksual ini dan para lelaki sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita yang menjadi mangsa perbuatan ini. 

Baca: KL, Selangor & Johor Catat Kes Gangguan Seksual Paling Tinggi Di Malaysia!

Gangguan Seksual

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter