in

“Mula-mula plan nak bakar” – [VIDEO] Diam Tak Terkata Tengok Iswara Dihancurkan, Rupanya Bos ‘Prank’ Hadiahkan Perodua Aruz!

Feat4 4

Video Youtuber terkenal, Isa Isarb seringkali mendapat jutaan tontonan dan menarik perhatian ramai netizen. Terbaru, video berdurasi 14 minit di Youtube Isa mencuri tumpuan ramai apabila ia dikatakan agak kontroversi.

Difahamkan Isa telah membuat prank kepada pekerjanya, Faizal dengan membakar kereta Proton Iswara lelaki itu. Katanya, kereta itu digunakan terlalu lama dan sering menimbulkan masalah.

K1 2

Namun, plan asal untuk prank bakar kereta Faizal terbantut kerana pihak berkuasa melarang tindakannya itu. Menurut sebuah blog, Isa berkata,

“Plan tak jadi sebab polis cakap tak bagus bakar kereta depan orang ramai. Nanti orang ingat kita buat rusuhan.”

Disebabkan itu, mereka terpaksa mengubah plan asal untuk prank Faizal dan membuat keputusan untuk hanya menghancurkan kereta tersebut. Boleh dilihat melalui rakaman tu, Faizal diam tak terkata melihat bos dan kawan-kawan hancurkan keretanya.

Sebuah tow truck kemudian dilihat membawa Perodua Aruz selepas kereta Iswara milik Faizal itu telah hancur. Selepas prank berkenaan dilakukan, Isa sebenarnya membuat kejutan kepada pekerjanya itu dengan menghadiahkannya kereta baru tersebut.

K7

K8

Tonton video di bawah:

Ramai netizen yang terkejut dengan content video Isa kali ini yang menurut mereka agak berani. Meskipun ramai yang memuji tindakan Isa kerana membelikan kereta buat pekerjanya itu namun ada juga yang kurang gemar dengan tindakannya menghancurkan kereta lama milik Faizal.

Pada pendapat mereka, perbuatan itu dianggap biadap dan berkata kereta lama kebiasaannya mempunyai sentimental value yang tinggi dalam kehidupan pemiliknya. Apatah lagi jika kereta itu diguna pakai dalam tempoh yang begitu lama.

Komen1 3

Komen2 2

Komen3 1

Apa pendapat korang?

Baca: “Ayah menangis kena ‘prank’ dengan kami 5 beradik” – Viral Video Bapa Kena Surprise Di Hari Lahir, Anak Cerita Kisah Belakang Tabir

Tangis Video Ayah

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube