in

“Ayah menangis kena ‘prank’ dengan kami 5 beradik” – Viral Video Bapa Kena Surprise Di Hari Lahir, Anak Cerita Kisah Belakang Tabir

Tangis Video Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial video seorang ayah menangis gara-gara kena ‘prank’ hari lahir daripada anak-anaknya.



Dalam suasana PKPB di beberapa negeri sekarang ini, video tersebut telah menggamit memori dan juga menyentuh emosi sesetengah netizen yang merindui ibu bapa mereka kerana tidak boleh pulang ke kampung.

Menurut Harian Metro, empunya video tersebut, Amir Isa, 27, yang merupakan salah seorang daripada lima beradik yang melakukan prank tersebut kepada bapa mereka berkata, video kejutan itu dirakam pada April 2019 di kampung halamannya dekat Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Bapa mereka, Mat Isa, 56, katanya sebak kerana menganggap anak-anak sudah lupa tarikh hari lahirnya sehingga menyebabkan dia mengalirkan air mata.

Pun begitu, tidak dia sangka rupa-rupanya dia telah ‘dikenakan’ oleh anaknya-anaknya sendiri apabila mereka tiba memberi kejutan dengan membawa kek serta hadiah di hari tersebut.

“Kebiasaannya, tepat 12 malam pasti salah seorang daripada kami akan mengucapkan selamat hari jadi kepada ahli keluarga pada tarikh kelahiran masing-masing menerusi kumpulan WhatsApp.

“Namun, pada tahun lalu, kami membuat sedikit kelainan dengan merancang ‘prank’ (gurauan) kepada ayah dengan cara pura-pura tidak mengingati tarikh kelahirannya supaya kejutan sambutan itu menjadi,” kata Amir.

 

Tak sangka ayah menangis 

Tambah Amir lagi, tidak pula dia sangka bapanya yang selalu ceria itu akan menangis ketika rakaman video tersebut dibuat.

Serba salah jadinya, apabila ayah menangis kerana ‘prank’ yang kami lima adik beradik rancang.

“Sebaik saja ayah menangis kami terus peluk dan menenangkannya serta menganggap sambutan hari jadi itu adalah memori bermakna buat kami sekeluarga,” katanya.

Side Lahir

Dia yang merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik berkata, tujuannya memuat naik video throwback itu kerana ingin mengimbau kenangan bersama keluarga.

“Sudah lebih dua bulan saya tidak pulang ke kampung disebabkan mematuhi sekatan pergerakan dan mahu sama-sama memerangi penularan Covid-19.

“Saya lihat ramai di media sosial memuat naik memberikan hadiah serta kejutan kepada ibu bapa mereka dan kerana itu saya membuat perkongsian majlis hari jadi ayah itu di Twitter,” katanya. Aduh min pulak yang sebak… 

Video yang dimuat naik Amir itu kini mendapat lebih 31,000 retweet dan 36,700 likes di Twitter serta mendapat komen positif daripada netizen.

Aih menggamit memori bersama keluarga betullah kan bila tengok video ni.

Baca: “Kelam kabut budak tu”- Anak Kena ‘Prank’ Dengan Bapa Dalam Kereta, Konon Ada Polis Kat Depan

Prank

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.