in

“Muka nerd ada hati nak jadi samseng” – Tak Puas Hati Kena Hon, Lelaki Berhenti Kereta Tengah Jalan Ajak Gaduh

Kena Hon Pun Marah

Semalam, seorang lelaki ada upload video dekat Twitter, menunjukkan ada pemandu cuba serang dia yang ketika itu berada dalam kereta. Kejadian itu berlaku di Klang dan menurutnya dia berada di dalam kereta bersama kakaknya. Dalam video tu boleh nampak seorang lelaki yang selamba berhentikan kereta di tengah jalan.

K4
sumber: twitter

Kalau nak tahu kenapa lelaki tu tiba-tiba berhenti dan berani ketuk tingkap kereta dia, macam ni cerita dia.

“Cerita dia macamni aku ringkaskan. aku teman kakak aku ke subang tiba tiba dia hon dia cucuk kakak aku. Kakak aku bagi lah signal nak ke tepi tapi of course lah take time takkan nak masuk ada kereta kot.”

“Lepas dah masuk lane sebelah, dia hon kakak aku kakak aku pun hon lah balik then dia potong dari lane kanan ke kiri suruh kakak aku berhenti kakak aku jalan je. Dia follow sampai lokasi dalam video tadi.”

K1

K3
sumber: twitter

Tonton video di bawah:

Waktu update tweet tu, dia dan kakaknya sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang untuk buat laporan polis. Tapi, tiada update lagi dari dia tentang apa yang berlaku selanjutnya.

Netizen yang tonton video ada bagi respon dengan berkata Klang adalah salah satu ‘kawasan panas’ tapi ada juga yang cakap pasal penampilan lelaki tu yang tak nampak macam gangster langsung.  Ada juga yang kongsi pengalaman dorang sebelum ni berdepan dengan samseng di jalanan.

“Jenis dia salah tapi dia rasa kita yg salah ni memang bullsh*t tau.”

“Muka tak padan dgn nerd ada hati nak jadi samseng jalan.”

Komen Netz
sumber: twitter

 

Baca: “Bagilah dia explain dulu!” – [Video] Rider Dipukul Sekumpulan ‘Samseng’ Sebab Dituduh Mencuri, Padahal…

Collage 64