Muak Pesawat Asyik Dikesan, Elon Musk Tawar RM20K Kepada ‘Stalker’ Suruh Berhenti

Tambah ke Sumber Pilihan
Muak Pesawat Asyik Dikesan, Elon Musk Tawar RM20K Kepada ‘Stalker’ Suruh Berhenti

Usahawan terkemuka dunia, Elon Musk menawarkan wang sejumlah $5,000 USD (RM20,000) kepada seorang remaja yang kerap melakukan pengesanan pesawat peribadinya untuk berhenti berbuat demikian.

Screenshot 2022 01 29 At 11.04.46 Am

Musk yang mula muak dengan perbuatan remaja berusia 19 tahun itu selepas pergerakan pesawatnya dimuatnaik di satu akaun Twitter @ElonJet. Akaun Twitter tersebut menggunakan teknologi terkini untuk mengesan pergerakan pesawat peribadi Musk untuk beberapa bulan kepada lebih 88,000 pengikutnya.


Pengendali akaun Twitter itu, Jack Sweeney turut mengendalikan akaun @CelebJets yang mengesan pergerakkan selebriti lain termasuklah Kylie Jenner, Tom Cruise dan Oprah Winfrey.

Screenshot 2022 01 29 At 11.03.08 Am

Menurut sumber dari LadBible, Musk telah menghubungi Sweeney berkenaan akaun Twitter tersebut dan meminta Sweeney menghentikan apa yang dilakukannya. Musk telah menawarkan $5,000 kepada Sweeney, namun Sweeney menginginkan $50,000 dan sebuah kereta Tesla Model 3. Screenshot 2022 01 29 At 11.04.18 Am

Selepas tawaran dari Sweeney itu diberi, Musk dilaporkan tidak memberikan sebarang kata putus berkenaan hal itu. Setakat artikel ini ditulis, akaun Twitter @ElonJet masih belum dipadam dan kini mempunyai lebih 140,000 pengikut.

Baca: SpaceX Milik Elon Musk Pernah Bekerjasama Dengan Malaysia, Ini Kisah Mengenai RazakSAT Yang Ramai Tak Tahu

Screenshot 2022 01 29 At 11.07.50 Am

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Muak Pesawat Asyik Dikesan, Elon Musk Tawar RM20K Kepada ‘Stalker’ Suruh Berhenti
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/muak-pesawat-asyik-dikesan-elon-musk-tawar-rm20k-kepada-stalker-suruh-berhenti/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM