in

Motosikal Terbang Pertama Di Dunia, Mampu Capai Kelajuan 100km/j Selama 40 Minit

4Moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah syarikat dari Jepun telah berjaya mengeluarkan satu rekaan terbaharu mereka, motosikal terbang. Motosikal terbang atau hoverbike itu diberi nama ‘XTurismo Limited Edition’.

Screenshot 2021 10 30 At 4.18.40 Pm

Motosikal terbang itu dilengkapi dengan enjin konvensional dan empat motor yang dikuasakan oleh bateri. A.L.I Technologies adalah syarikat pengeluar motosikal terbang ini dan mereka menjanjikan ianya mampu terbang pada kelajuan 100 kilometer per jam untuk tempoh 40 minit.


Menurut laporan Indian Times, syarikat A.L.I Technologies ini dibiayai oleh Mitsubishi Electric dan Kyocera. Mereka mula menerima tempahan pada hari yang sama pelancaran dan demonstrasi yang diadakan di sebuah litar lumba di Fuji, Jepun.

Screenshot 2021 10 30 At 4.18.32 Pm

A.L.I Technologies menyasarkan untuk mengedar 200 unit motosikal terbang ini sebelum pertengahan tahun 2022. Harga sebuah motosikal terbang model XTurismo Limited Edition ini pula telah ditetapkan pada USD 682,000.

Video demostrasi motosikal terbang itu boleh ditonton di bawah, hasil perkongsian daripada @KenKobayashi melalui Twitter.

Baca: Menteri Yakin Kemampuan Kereta Terbang Pada Masa Hadapan

Screenshot 2021 10 30 At 4.25.45 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.