in

Motor Join Berhenti Sama-sama Dengan Kereta Masa Lampu Merah Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ft Penunggang Motor Berhenti Dengan Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah satu sebab menggunakan motosikal untuk ke satu destinasi adalah, selain jimat, ia juga dapat mempercepatkan tempoh perjalanan kita, daripada tersekat dalam kesesakan lalu lintas.


Biasanya kalau lampu isyarat merah, pasti motor akan paling depan dan memang keistimewaan motor untuk terus mara berbanding kereta yang harus berhenti, tapi lain pula dengan dalam video ni.

 

“Mungkin akak takut”

Menerusi perkongsian video TikTok daripada @akimful ini, dilihat ada penunggang motosikal berhenti menunggu lampu hijau bersama kereta yang lain.

Apa yang membuatkan ia menjadi perhatian individu ini adalah kebiasaannya motor akan kehadapan dan ada ruang yang luas untuk dia jalan, namun begitu dia hanya ‘duduk’ disitu.

Menurut individu ini, bagaimanapun dia faham kerana mungkin penunggang wanita itu takut untuk potong kerana banyak kita lihat kereta keluar barisan dengan cara mengejut sampai penunggang jatuh.

@akimful

Kalau atas jalan tengah panas akak sanggup q jugak ka ? Korang rasa? ?#fyp #malaysia #pelik #kakakmoto

♬ Oh No – Kreepa

Memandangkan video ini telah meraih 280.3K jumlah tontonan dalam masa 2 hari, ia semestinya mendapat perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi.

Rata-rata beranggapan bahawa kemungkinan penunggang motor ini menemani rakannya yang bawa kereta samada mahu tunjuk jalan ataupun minta petunjuk jalan daripada kereta disebelahnya, ada juga yang mempunyai anggapan yang sama seperti perakam, ada juga yang ambil dari sudut positif bahawa kemungkinan wanita itu trauma pernah dilanggar kereta yang tak bagi signal.

 

Rasanya dia follow orang la tu – Netizen

Penunggang Motor Berhenti Dengan Kereta Penunggang Motor Berhenti Dengan Kereta 2 Penunggang Motor Berhenti Dengan Kereta 3 Penunggang Motor Berhenti Dengan Kereta 4

Ada juga yang terhibur melihatnya kerana ia seperti diri mereka ketika baru sahaja pandai tunggang motosikal, tak apa kak yang penting akak sampai ke destinasi dengan selamat.

 

Baca : [VIDEO] Netizen Puas Tengok Cara Abang Motor Ini ‘Sekolahkan’ Kereta Axia Sebab Guna Lane Kecemasan

Ft Kereta Axia Kena Ajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.