Monyet Meronta Lepas Dikurung Dan Disembur Dengan Pewarna, Pelaku Kini Dicari

Tambah ke Sumber Pilihan
Monyet Meronta Lepas Dikurung Dan Disembur Dengan Pewarna, Pelaku Kini Dicari

Pada setiap bulan, pasti ada berita yang dilapor melibatkan penyeksaan terhadap haiwan. Situasi ini menggambarkan seolah-olah manusia kini tiada lagi rasa simpati dan kasih sayang terhadap haiwan. Dimanakah silapya?

Jika sebelum ini kita pernah lihat kejadian anjing yang diwarnakan menjadi harimau, kali ni tular sebuah video yang melihatkan seekor monyet dibuli oleh sekumpulan lelaki, yang masih belum dikenal pasti identitinya.


2 15

3 12

Rakaman video kejam itu dimuat naik oleh Facebook Malaysia Animal Crime Transparency baru-baru ini. Berdasarkan video yang tular, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Malaysia berdasarkan suara latar beberapa orang yang sedang berbual dalam Bahasa Melayu.

Dalam video yang berdurasi selama seminit lebih itu, dua orang lelaki dilihat mengurung seekor monyet dalam sangkar yang sempit, lalu mula menyembur haiwan itu dengan pewarna merah.

Jelas kelihatan monyet itu menjerit dan meronta-ronta di dalam sangkar ketika disembur dengan pewarna. Aksi kejam tersebut dirakam oleh individu lain yang turut berada di lokasi kejadian. Bagaimanapun, lokasi kejadian masih tidak dapat dikenal pasti.

Kesal dengan apa yang terjadi, Malaysia Animal Crime Transparency meminta orang ramai yang mempunyai info kejadian agar menyalurkan maklumat kepada persatuan itu. Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan hukuman denda dan penjara.

Buat anda yang mempunyai info berkenaan kejadian ini, boleh salurkan di laman Facebook Malaysia Animal Crime Transparency atau mesej mereka di 011-20901097.

BACA: Anjing Menangis Lepas Dipaksa Makan Cili Demi ‘Content’ Video Tuan

Cats 32

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Hafiz Ahmad
Lagi tulisan Hafiz
Penggemar ayam 4Fingers.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Monyet Meronta Lepas Dikurung Dan Disembur Dengan Pewarna, Pelaku Kini Dicari
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/monyet-meronta-lepas-dikurung-dan-disembur-dengan-pewarna-pelaku-kini-dicari/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM