in

Anjing Diwarna Jadi Harimau, Persatuan Haiwan Malaysia Kini Buru Pelaku!

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering kali kita melihat kekejaman manusia terhadap haiwan berlaku di dunia ini. Lebih menyedihkan, haiwan yang diseksa tidak mempunyai kudrat untuk mempertahankan diri daripada manusia durjana.


Terbaru, tular beberapa keping gambar yang melihatkan seekor anjing diconteng menjadi rupa harimau. Badan anjing tersebut telah diconteng dengan warna oren dan hitam untuk menyerupai warna haiwan pemangsa itu.

1 23

Kecewa dengan apa yang terjadi, Persatuan Haiwan Malaysia (PHM) menawarkan hadiah misteri kepada individu yang mempunyai maklumat terhadap kejadian anjing yang dianiaya ini.

Bantu Animal Malaysia cari tahu lokasi di mana dan milik siapa?Hadiah misteri menanti kepada pemberi maklumat lengkap…

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Jumaat, 28 Ogos 2020

Dalam satu hantaran di laman Facebook PHM, persatuan ini turut berkongsikan beberapa keping gambar keadaan anjing tersebut, bagaimanapun lokasi dan masa kejadian masih tidak dapat dipastikan.

2 15

3 12

4 5

Buat anda yang mempunyai maklumat berkenaan anjing yang diwarna menjadi harimau ini, salurkan maklumat berkenaan kepada Hotline Animal Malaysia di +601120901097.

 

BACA: Rider Meninggal Dunia Lepas Muka ‘Melekat’ Pada Belakang Lori Di Lebuhraya DUKE

Cats 20

Sumber: PHM
Sumber: PHM
Sumber: PHM
Sumber: PHM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.