“Mohon doa rakyat Malaysia” – Pernah Tular Kisah Bayi Kanser Tahap 4, Kesihatan Adik Alisa Makin Merosot

Tambah ke Sumber Pilihan
“Mohon doa rakyat Malaysia” – Pernah Tular Kisah Bayi Kanser Tahap 4, Kesihatan Adik Alisa Makin Merosot

Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa yang pernah tular kerana kanser mata tahap empat kini dalam keadaan kritikal.

Perkara itu disampaikan oleh pengacara dan penyampai radio, Elly Mazlein yang memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesihatan adik Alisa yang berusia setahun 11 bulan itu.


Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina memberitahu kesihatan Alisa semakin merosot.

Artikel berkaitan: Bayi Hidap Kanser Mata Tahap 4 Minta Duduk Dalam Peti Ais Sebab Kepanasan Undang Sebak Netizen

Artikel berkaitan: “Saya tak ada masalah dengan mereka” – Haziq Hussni Enggan Masuk Campur Kemelut Elly Mazlein & Jihan

Img 1098 Img 1096

Dalam hantarannya, Elly juga menunjukkan dia sudah berada di hospital dan berjumpa dengan keluarga adik Alisa untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Alisa sebelum ini baru sahaja selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir dan dilaporkan sudah bebas kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh cycle kimoterapi.

Terdahulu, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak.

Semoga adik Alisa diberikan kesembuhan…

Sumber: Instagram

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Mohon doa rakyat Malaysia” – Pernah Tular Kisah Bayi Kanser Tahap 4, Kesihatan Adik Alisa Makin Merosot
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mohon-doa-rakyat-malaysia-pernah-tular-kisah-bayi-kanser-tahap-4-kesihatan-adik-alisa-makin-merosot/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM