Berita mengenai pengunduran penyanyi dan pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom menjadi perhatian para penonton All Star Gegar Vaganza untuk tahun ini.
Perkara itu diumumkan menerusi Instagram miliknya sendiri dan semalam hanya Nabil dan Jihan Muse sahaja yang mengendalikan program tersebut.
Artikel Berkaitan : “Syombong hebat kasi turun sikit” – Produksi ASGV Tak Pasti Elly Mazlein Sindir Dekat Siapa
Artikel Berkaitan : “Kepom tak mengandung” – Undur Diri Dari GV, Elly Mazlein Perjelas Ia Bukan Gimik
“Kurang ajar kau ni, adab pergi mana.”
Sebelum ini Kak Lina ada buat satu kenyataan yang seolah-olah ingin menujukan kepada sesetengah pihak dan pihak produksi sendiri tidak dapat kenal pasti ia ditujukan kepada siapa.
Namun, isu mengenai Kak Lina dengan ASGV ini semakin menjadi tumpuan apabila ada warganet mengecam Kak Lina serta program tersebut.
Tidak berdiam diri, Kak Lina menjawab kecaman tersebut dengan memberikan teguran pedas terhadap kelancangan individu tersebut dalam memberikan nasihat dengan melabelkan individu tersebut sebagai penunggang agama.
Dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi IG Story miliknya, biarpun sudah mengundurkan diri, dia masih mempertahankan semua pihak yang terlibat dalam program tersebut yang hanya ingin mencari rezeki yang halal.
Jelas Kak Lina lagi, jika ingin mengecam, biarlah dirinya yang terkena tohmahan dan jangan libatkan orang lain. Walau bagaimanapun, berdasarkan perhatian kami, IG story berkenaan telahpun dipadamkan oleh Elly.
Harap Elly abai kata-kata kecaman netizen. Fokus kepada perkara yang positif je okay?
Sumber: Instagram