in

Minta Bukti Negatif Covid-19 Kalau Barber Pekerja Asing – Ismail Sabri

Page 33 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menasihati agar para pelanggan untuk meminta tukang kedai gunting rambut atau pendandan warga asing untuk lampirkan bukti jika pekerja itu negatif Covid-19 sebelum memulakan perkhidmatan dengannya.


Menerusi sidang media yang dijalankan sebentar tadi (12 Jun 2020), Ismail Sabri menjelaskan bahawa pekerja-pekerja ini boleh kembali menjalankan tugas jika mereka disahkan negatif Covid-19.

Tambahnya lagi bukti keputusan itu boleh didapati di klinik kerana doktor biasanya akan memberikan surat pengesahan selepas melakukan pemeriksaan kepada pesakit sebagai bahan bukti jika seseorang itu bebas daripada Covid-19.

 

Boleh diambil tindakan kalau enggan tunjuk bukti

Ismail Sabri juga turut menegaskan bahawa mereka yang gagal mengemukakan bukti tersebut boleh dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jika mereka enggan untuk tunjukkan bukti, anda boleh laporkan kepada Majlis Keselamatan Negara untuk diambil tindakan ke atas mereka”

Katanya lagi, semua pelanggan perlu tegas untuk meminta tampilkan surat bukti ini dan segera memaklumkan kepada pihak berwajib sekitanya pendandan rambut itu tidak memiliki dokumen yang diperlukan.

Ini kerana bagi membantu pihak berkuasa mengenalpasti mereka yang menentang SOP yang ditetapkan untuk operasi industri.

 

Baca : “Baru je 2 hari buka” – Pekerja Barbershop Di Setapak Suspek Positif Covid-19

Setapak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.