Majlis persandingan untuk pengantin yang dah selamat bergelar suami isteri ni merupakan satu sambutan yang memerlukan persiapan rapi berbulan lamanya! Dari pemilihan baju sampailah jenis juadah dihidangkan, memang tak boleh dipandang ringan…
Antara perkara yang selalu pasangan pengantin diberikan peluang untuk memberikan pendapat sendiri adalah pemilihan pengapit mereka. Kebiasannya pengapit akan dipilih dari kalangan kawan-kawan diorang je.
Tapi lain pula cerita dari perkongsian di TikTok menerusi akaun @mabaloss, yang mana pasangan suami isteri ni pilih barisan pengapit dari kalangan mak cik-mak cik saudara diorang je!
@mabaloss orang lama amik feel #fyp #fypシ #weeding #tokti #esekelinakfyp #berandatiktok #datositi #2k22
♬ Bagaikan Sakti (OST Puteri Gunung Ledang) – Siti Nurhaliza & M.Nasir
Video berdurasi 37 saat itu menunjukkan barisan pengapit berbaju sedondon membawa dulang hantaran pihak pengantin tiba di majlis persandingan sambil disaksikan oleh tetamu yang turut hadir pada ketika itu.
“Sesekali bagi diorang pulak frontliner”
Tindakan pengantin yang menjadikan mereka sebagai pengapit mendapat pujian orang ramai yang rata-rata mengatakan bahawa ianya sesuatu yang jarang berlaku dan sememangnya patut diterapkan oleh orang ramai.
Ini kerana, mereka menegaskan bahawa jemputan menjadi pengapit kepada pasangan pengapit merupakan sesuatu yang lain daripada yang lain malah ada juga yang mengatakan ianya seperti satu penghargaan lepas dah kerah tenaga untuk bantu jayakan majlis!
Seronoknya ada ramai mak cik! Patut ke min buat macam ni jugak untuk majlis sendiri nanti? Eh??? Gurauuuuu!