in

“Mesti ada customer yang tak ikut nanti” – Dibenarkan Beroperasi Tapi Peniaga Kedai Makan WAJIB BUAT 6 Langkah Ini

Restoran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui perutusan khas sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan hampir semua aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei ini. Bagaimanapun, sudah tentulah ianya tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Antara perniagaan yang kita akan lihat dibuka sudah semestinya kedai makan namun semua peniaga atau pemilik yang berhajat untuk memulakan semula operasi perlu patuhi 6 langkah yang telah ditetapkan. Berikut adalah 6 langkah yang disebut Perdana Menteri tadi:


Restoran1

  1. Sebelum dibuka, pemilik perlu membersihkan seluruh kawasan kedai. Susun semula meja di restoran dengan jarak sekurang-kurannya 2 meter. Pastikan penjarakan sosial dijaga ketika pelanggan makan, pemilik harus letak notis bahawa:
    • meja yang kecil hanya 1-2 orang sahaja yang duduk
    • meja yang besar hanya 3-4 orang sahaja yang duduk
  2. Pemilik perlu buat garisan di lantai depan kaunter bayaran dengan sekurang-kurangnya 1 meter jarak antara satu sama lain
  3. Sediakan hand sanitizer di kaunter bayaran. Juga sediakan sabun pencuci tangan yang mencukupi
  4. Beli face mask. Pastikan pekerja dan pemilik sendiri memakai face mask setiap masa
  5. Pada hari pertama kedai beroperasi, periksa suhu badan pelanggan sebelum dibenarkan masuk
  6. Rekod nama dan nombor telefon pelanggan serta tarikh dan masa mereka datang ke restoran

Restoran3

Ini penting kerana jika ada kes positif Covid-19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.”

Jika anda pemilik restoran pastikan langkah-langkah ini diikuti dan jika anda pelanggan ikutlah arahan pemilik yang mematuhi langkah diberikan ini. Jangan jadi pelanggan yang ingkar!

Baca: [TERKINI] Hampir Semua Aktiviti Perniagaan & Ekonomi Dibenar Beroperasi Berkuatkuasa 4 Mei Ini- PM

Pm Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.