in

[TERKINI] Hampir Semua Aktiviti Perniagaan & Ekonomi Dibenar Beroperasi Berkuatkuasa 4 Mei Ini- PM

Pm Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan putuskan untuk buka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan kuatkuasakan SOP ketat bermula 4 mei 2020 hampir semua aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenar beroperasi tertakluk pada SOP pihak berkuasa.


Namun perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Bagaimanapun sebarang perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan. Sebagai contoh menonton wayang, karaoke, taman tema, bazar ramadan, karnival jualan, persidangan dan pameran. Aktiviti sukan libatkan perhimpunan ramai juga tidak dibenarkan termasuk sukan bola sepak, ragbi.

Perjalanan rentas kampung juga tidak dibenarkan.

Beliau berkata kerajaan akan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali aktiviti libatkan perhimpunan ramai.

Manakala PKPD akan dilaksanakan di kawasan mencatatkan kes Covid-19 tinggi.

Ujarnya negara rugi 2.4 bilion setiap hari sepanjang PKP, jumlah keseluruhan kerugian 98 bilion jika PKP dilanjutkan lagi.

 

Baca : [TERKINI] Kerajaan Cadang Majikan Sediakan Waktu Kerja Anjal & Benarkan Kerja Dari Rumah; PM

Ucapan Muhyiddin 1

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.