in

“Merungut berak di hadapan rumahnya” – Alasan Wanita 51 Tahun Rembat Kucing Bunting Sampai Mati

Kuciing E1610848381760

Satu video viral yang mengundang kemarahan netizen hari ini adalah rakaman seorang wanita berumur memukul kucing sehingga mati.

Kejadian yang berlaku di Seberang Jaya sekitar jam 1.20 petang itu, wanita berusia 51 tahun telah memukul dua ekor kucing berhampiran di rumahnya dengan menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan seekor lagi kucing cedera di bahagian mulutnya.

 

Berak dekat depan rumah

Menurut Sinar Harian, wanita dikatakan merungut kerana kucing-kucing itu membuang najis dihadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tingkah laku wanita itu disedari penduduk yang kebetulan sedang duduk berehat di sebuah pondok berhampiran tempat kejadian.

Lelaki berkenaan kemudiannya menghubungi Jabatan Veterinar bagi melaporkan kejadian.

“Pengadu melihat wanita itu masuk ke dalam kereta dan mengambil sebatang besi sebelum memukul dua ekor kucing itu. Lelaki berkenaan melihat wanita itu merungut disebabkan haiwan berkenaan membuang najis di hadapan rumahnya.”

Sepasukan pegawai dari Jabatan Veterinar termasuk pegawai kebajikan haiwan hadir ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Mereka turut mengambil bangkai serta membawa kucing yang luka kucing untuk dibawa balik ke Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Bukit Tengah.

Kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Veterinar dan disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

 

Baca : “Ini bukan manusia, ini SYAITAN” – Kejam! Wanita Bantai Kucing Guna Kayu Sampai Cedera & Mati Di Seberang Jaya

Kucing 1