in

“Mereput la ko kat dalam” – [VIDEO] Individu Kantoi Langgar PKP, Bila Polis Check Kereta, Jumpa Dadah

Collage 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir semua kawasan dikawal oleh pihak PDRM dan tentera bagi memastikan orang ramai patuh dengan arahan.


Pun begitu, sampai hari ni masih ada lagi orang yang ingkar dengan arahan PKP dan masih berani keluar dengan menggunakan pelbagai alasan untuk lepas dari ditahan.

Baru-baru ni, satu video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki yang ditahan oleh pihak polis dan tentera kerana tak berada di rumah walaupun dah lepas jam 8 malam.

Apa yang lebih teruk, bila pihak polis periksa kereta lelaki ini, dorang temui satu papan dadah jenis Erimin 5 atau nama lainnya Happy 5. Biasanya dadah jenis ini digunakan oleh orang-orang di kelab malam kerana kesannya lebih cepat dari ecstacy.

Screenshot 2020 03 27 At 2.51.36 Pm

Ketika pihak polis menemui dadah tersebut, pada awalnya individu itu menafikan benda tersebut adalah dadah dan memberikan alasan ianya ubat. Selepas, polis sebut nama dadah tu, barulah lelaki ni nak mengaku bersalah.

Diakhir video ni, korang boleh tengok pihak polis menggari lelaki ini untuk dibawa ke lokap bagi membuat siasatan lanjut.

Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:

Haih, dah tak pasal-pasal orang suruh lockdown dia ke lockup. Buat hal betul…

 

Baca: Arahan PKP Di Dua Kawasan Di Kluang, Johor Diperketatkan, Penduduk Tak Boleh Keluar Langsung Bermula 12 Malam Tadi!

Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.