in

Arahan PKP Di Dua Kawasan Di Kluang, Johor Diperketatkan, Penduduk Tak Boleh Keluar Langsung Bermula 12 Malam Tadi!

Collage 68

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan setakat ini terdapat 83 kes positif Covid-19 di Daerah Kluang, Johor. Tapi, lebih dari setengah atau lebih tepat lagi, sebanyak 61 kes positif ini adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam sahaja!


Disebabkan ini, atas nasihat Menteri Kesihatan, kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan tersebut.

So, bermula malam tadi, jam 12 tengah malam hingga 9 April ini, 3,570 orang penduduk di dua kawasan ini tak dibenarkan keluar sepanjang tempoh ini dan orang luar atau pelawat tak boleh masuk zon PKPD.

Eucrulzu0Aarjx1

Bukan tu je, untuk memastikan penduduk-penduduk di sana mengikut arahan PKPD yang dikeluarkan ini, Pihak Polis, Tentera, Pertahanan Awam dan Rela akan mengawal seluruh kawasan tersebut.

Laluan keluar masuk di dua kawasan PKPD ini juga akan ditutup sepanjang tempoh ini.

Arahan PKPD ini dikeluarkan supaya petugas KKM dapat membuat ujian saringan berskala besar (mass testing) dengan pergi rumah ke rumah untuk mengesan kalau ada lagi PUI yang positif.

Tapi orang-orang dekat sini tak payah risau, sebab bekalan keperluan asas selama 14 hari akan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Harapnya, tindakan kerajaan ini dapat menyekat penularan wabak Covid-19 ini.

 

Baca: “Elok lah tangkap duk dalam lokap” – Main Bola Sepak Waktu PKP, 7 Individu Ditahan Polis

Combine Bola 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.