in

“Mak tak ubah seperti seekor anjing” – Rajin Solat & Mengaji, Rahsia Mentua Guna Ilmu Hitam Terbongkar Lepas…

Collage 13

Pernah ke korang terfikir orang yang terdekat dengan korang sebenarnya seorang pengamal ilmu hitam? Seorang wanita kongsikan pengalaman yang dia lalui sebelum ibu mentuanya meninggal dunia…

Fazilah (bukan nama sebenar) tak lah begitu mesra dengan ibu mentuanya, namun sepanjang berkahwin, dia melihat ibunya itu seorang yang sangat menjaga solat dan rajin mengaji.

Namun, bila ibu mentuanya ini tiba-tiba diserang angin ahmar, mereka dapat tahu wanita berusia itu sebenarnya dah lama simpan rahsia dari keluarganya…

“Darah keluar berlambak-lambak sampai rasa takut”

Blogger Image 1855942342

Menurut Fadilah, seminggu selepas ibunya keluar dari hospital akibat diserang angin ahmar, wanita itu tiba-tiba mengeluarkan darah yang banyak ketika membuang air besar.

Bayangkan dua helai kain batik buat lap darah yang keluar. Walaupun pakai lampin setiap kali buang air besar darah akan keluar berlambak-lambak hingga buat saya rasa takut.”

Ekoran risau dengan keadaan ini, Fadilah sekali lagi membawa ibu mentuanya ini ke hospital namun selepas diperiksa, keputusan mendapati tiada sebarang masalah pada bahagian usus atau sistem penghadamannya.

“Ustaz beritahu mak ada sorokkan sesuatu”

2014716201926

Merasakan ada rahsia yang cuba disembunyikan, Fazilah terpanggil untuk cuba perubatan Islam dan tradisional untuk merawat ibu mentuanya itu.

Namun bila ustaz yang merawat cuba mendekati, ibu mentuanya itu kelihatan gelisah lagi-lagi selepas ustaz selitkan lada hitam di celah jari kakinya.

“Ustaz tanya mak sama ada dia pernah menyimpa apa-apa barang lama seperti keris atau kain kuning tapi mak tak mengaku… Ustaz beritahu mak ada sorokkan sesuatu.

“Selepas solat asar, saya terasa berat, rasa meremang… Saya hubungi ustaz beritahu keadaan saya dan ustaz beritahu ‘benda’ tu dah tahu tentang apa yang kami lakukan dan ajarkan bacaan untuk lindungi diri dari gangguan.”

Tak berputus asa, Fazilah cuba untuk berbual-bual dengan ibu mentuanya sebelum akhirnya wanita itu mengaku ada simpan keris namun tak ingat letak di mana.

Guna ilmu kecantikan untuk menjaga badan

Unknown 2

Beberapa hari selepas pulang dari hospital, ustaz yang sama datang bersama enam pembantunya untuk teruskan rawatan. Selepas buat solat hajat ustaz tersebut minta wanita itu beritahu tempat keris disimpan.

Kami sekeluarga terkejut bila mak tiba-tiba menyanyi membaca mentera memanggil keris tersebut untuk “muncul”.”

Namun keris tersebut tetap tak ditemui walaupun dah puas geledah satu rumah sebelum tiba-tiba abang ipar Fazilah menjerit seperti dirasuk minta untuk berhenti dan menghalau ustaz dan pembantu-pembantunya dari rumahnya.

Tak berhenti berusaha, Fazilah bertemu dengan seorang bomoh dikenali sebagai Mami yang memberitahu ibu mentuanya itu ada gunakan ilmu kecantikan untuk menjaga badan.

Beruk menyerupai ibu mentua

400

Cucu Mami yang turut ikut untuk melihat keadaan ibu mentua Fazilah itu turut memberitahu yang dia nampak seekor beruk menyerupai ibu mentua berdiri dekat dengan keretanya.

Sebelum pulang, Mami meminta Fazilah untuk ambil gambar setiap penjuru rumah untuk ditunjukkan kepada cucunya yang dikatakan boleh melihat perkara ghaib.

“Selepas kami kembali ke rumah Mami pada temu janji berikutnya, cucunya melihat gambar yang diambil, dia memberitahu dalam setiap gambar itu penuh dengan beruk. Rupa-rupanya itulah belaan mak.

“Bagi menangkap ‘beruk’ itu, Mami datang ke rumah dan berbekalkan sebotol air mineral dan kayu sugi, Mami ‘mengutip’ makhluk yang berada di rumah ibu mentuanya.

“Dalam percaya atau tidak, memang nampak makhluk berbulu hitam bertaring dalam botol itu, berpuluh-puluh ekor sebelum ia ditanam.”

“Subhanallah, Ya Allah, tak ubah seperti seekor anjing”

998247

Selepas Mami mengatakan yang ibu mentuanya akan meninggal dalam masa beberapa hari, Fazilah melihat ibunya masih kuat di atas katil seperti ada benda yang jaga.

Bimbang, Fazilah panggil semula ustaz yang pernah merawat ibunya sebelum mereka diberitahu yang ibu mentuanya itu ada menanam minyak dagu.

Mak mengaku dan beritahu dia tanam dalam botol dibawah tangga dan ‘benda’ itu penemannya dan menjaga rumahnya.”

Images

Selepas minyak dagu dibuang, tubuh ibu mentuanya bertukar menjadi kurus kering dan bila dia cuba suapkan air Yasin, wanita tersebut tiba-tiba diserang sawan.

Tangan dan kakinya mengerekot, apabila saya pandang… Subhanallah, Ya Allah, tidak ubah seperti seekor anjing. Nauzubillah, saya panggil suami minta baca ayat al Quran dan sapu kepala mak dengan air.”

Genap 100 hari cuba merawat ibu mentuanya, wanita tersebut akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya dengan wajah sakit, pedih, seksa bertarung dengan sakaratulmaut.

“Tak sanggup saya tengok keadaan mak namun Alhamdulillah akhirnya mak pergi dengan tenang. Apa menimpa mak memang cukup memberi kesan mendalam kepada kami sekeluarga.

“Malah gangguan daripada ‘belaannya’ masih menghantui kami sehingga saya sendiri pergi berubat bagi memulihkan semangat dan mengelak daripada sebarang gangguan.

“Alhamdulillah, selepas tiga tahun, keadaan semakin reda dan semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya.”

Sumber: mStar

 

Baca: Lelaki Terkena Penyakit Ilmu Hitam Selepas Buka Sampul Pos Laju Kosong

Screenshot 2021 01 08 At 2.27.00 Pm

Sumber: Blog
Sumber: Blog
Sumber: tAp
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Facebook