in

“Mereka Tak Hargai” – Faizal Hussein Terkilan, Dedah Bayaran Sama Dengan Syafiq Kyle

Fsyaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktor senior, Faizal Hussein ralat dengan sikap segelintir penerbit filem mahupun drama yang dilihat tidak menghargai usaha dan komitmen kerjanya dalam sesebuah naskah.


Faizal, 52 tahun berkata namanya sering digugurkan daripada membintangi produksi drama dan filem disebabkan bayaran yang diminta – disifatkan terlalu tinggi oleh produksi.

Tampil mempertahankan haknya, Faizal menjelaskan nilai bayaran yang diminta adalah selaras dengan watak yang bakal dijayakan dalam sesebuah filem atau drama.

“Selalunya filem-filem hebat memang akan sampai kepada saya dahulu untuk tawaran tetapi bila dengar harga yang saya minta, mereka akan cari pelakon lain.

“Kadang-kadang mereka tidak tahu bagaimana saya bekerja dengan komitmen dan begitu banyak usaha yang saya akan lakukan untuk membawa satu-satu watak itu. Mereka tak hargai!” katanya memetik mStar Online.

Menerusi drama Samad Tedung, Faizal yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2019 itu berkata pengalaman kerjanya juga perlu diambil kira selain komitmen dan hasil kerja yang diberikan.

Menurutnya bayaran yang diminta merupakan faktor wajahnya jarang kelihatan di kaca televisyen kebelakangan ini.

“Saya juga jarang nampak di TV disebabkan hal-hal sebegini.. kalau saya minta lebih confirm saya akan terus hilang dari industri selepas ini.

“Saya bukan muncul dalam drama setiap tahun pun, hanya dalam tempoh dua tahun sekali sahaja. Kenapa bayaran saya sama dengan Syafiq Kyle sedangkan saya dah berlakon lama daripada dia?” soalnya.

Apa pendapat korang? yelah seniority plus lakonan Abang Faizal memang tak boleh disangkal. Hebat!

Baca: REVIEW: Berbaloi Tak Tunggu 12 Tahun? Ini Pendapat Kami Lepas Tonton Dukun

Duku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.