in

REVIEW: Berbaloi Tak Tunggu 12 Tahun? Ini Pendapat Kami Lepas Tonton Dukun

Pagedukun2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas movie Dukun yang dah tersimpan selama 12 tahun akhirnya ditayangkan di pawagam and memang ramailah yang serbu cinema sebab nak tengok cerita yang diinspirasi dari kes Mona Fandey.


Memandangkan movie ni memang dapat perhatian ramai dan siap ada gimik nampak perempuan berkebaya merah dekat jalan raya, so of course team Lobak Merah pun tak boleh ketinggalan nak tonton filem ni kan?! Kami pun pi tengok sebab nak buktikan betul ke movie ni seindah yang dikhabarkan. Meh admin kongsikan pendapat kami mengenai filem ni kepada korang semua. Baca review kami untuk filem Dukun.

WARNING: SPOILER ALERT TAU!

 

1. Sinopsis

Dukun Main Poster
sumber: blog

Korang tau kan movie ni diinspirasi daripada kes jenayah yang dilakukan oleh Mona Fandey, suaminya, Mohd Ariffin dan Juraimi, pembantu mereka berdua. Lebih kurang macam kisah sebenar, kita dapat lihat Karim (Faizal Hussein) selaku peguam Diana (Umie Aida) dalam kes pembunuhan Dato’ Jeffri (Adlin Aman Ramlee) yang dikatakan secara ‘tak sengaja’ dibunuh dalam sebuah ritual.

Dd1
sumber: blog

So basically, cerita ni banyak berkisarkan watak Karim dengan Diana dan siasatan yang dijalankan untuk solve kan kes ni. Bukan tu je, movie ni ada selingan untuk kes kehilangan anak Karim iaitu Nadia (Elyana) yang sebenarnya ada kena mengena dengan si Diana tu. Ending dia kesian jugaklah. Kalau nak tau kena tengok sendiri.

 

2. Betul ke ni movie dari 12 tahun dulu?

Seriously guys, walaupun cerita ni dah tersimpan selama 12 tahun, tapi masa admin tengok movie ni, langsung tak rasa macam cerita zaman 12 tahun lepas. Memang evergreen betul. Props yang digunakan memang thumbs up. Boleh setanding dengan CSI terutamanya bahagian mayat yang dikerat-kerat tu.

Giphy1

Sinematografi pun not bad untuk tahun 2007. Kira setiap detail pasal Dukun ni masih releven dan relatable untuk kita yang dalam tahun 2018 ni. Kecuali bab fesyen dan landskap rumah Diana dan Karim yang terserlah tahun 2007. But all in all, bila tengok cerita ni tak percaya setting dia dari 12 tahun yang lalu.

Dd3
sumber: blog

 

3. Jalan cerita yang tersusun walaupun banyak flashbacks

Movie ni start-start dah flashback kepada zaman pemberontakan dukun wanita dari kaum Batak yang dibunuh beramai-ramai. Ngeri jugak masa part ni walaupun dia tak tunjuklah tapi boleh dengar dorang jerit dan bunyi kena pukul. Lepas tu, setting bertukar kepada zaman sekarang masa Diana dah ada dekat dalam penjara, sebelum ke tali gantung.

Dd9
sumber: blog

Sepanjang cerita ni memang ada banyak flashback. Tapi don’t worry guys, korang takkan pening kepala sebab jalan cerita dia memang tersusun cantik dan setiap details dia cover supaya takde yang ketinggalan. Yang bestnya cerita ni, setiap kali flashback mesti ada persoalan yang akhirnya terjawab. So, memang tak confuse lah cerita ni.

 

4. Betul ke dari kisah Mona Fandey?

Dd4
sumber: blog

Yes. Betul movie Dukun memang diinspirasikan dari kisah Mona Fandey tapi of course lah dorang ubah cerita ni supaya tak offend sesiapa yang terlibat dalam kes ni. Pada pendapat kami, cerita ni hanya ambil 40% je dari kisah sebenar. Contohnya dari segi watak dah ada perbezaan. Dalam kes Mona Fandey, ada tiga orang yang bersalah dan dihukum gantung tapi dalam Dukun, hanya Diana sahaja yang ke tali gantung dan dia takde suami pun dalam movie ni.

Giphy 3

Ada lagi beberapa watak yang tak ada dalam kisah sebenar tapi disebut dalam Dukun. Penambahan watak ni sebenarnya menambahkan lagi misteri dan menjadikan movie ni lebih menarik untuk ditonton. Dari segi watak mangsa pun ada lainnya sebab kalau dalam kes sebenar, ahli politik yang dibunuh dan dikerat tapi dalam Dukun, mangsa merupakan seorang ahli perniagaan. So, kiranya ada macam nak sama tapi faktanya diubah sikitlah.

 

5. Apa komen kami

Overall, cerita ni memang berbaloi tunggu 12 tahun untuk ditayangkan. Memang best dan puas hati tengok. Jalan cerita memuaskan dan tak berapa lari dari kisah Mona Fandey yang merupakan antara kes high profile pernah berlaku dekat Malaysia. Pengakhiran Dukun yang bukan happy ending ni lagi buat penonton rasa meremang bulu roma.

Dd2
sumber: mmo

Also, kalau korang expect dalam Dukun ada hantu, korang salah! Sebab movie ni lebih kepada thriller dari horror dan banyak penyiasatan dalam nak selesaikan kes kematian Dato’ Jeffri. Barisan pelakon pun semua handal-handal belaka! Umie Aida harus dinobatkan sebagai pelakon terbaik tahun ni dengan performance yang mantap dan berjaya buat gaya misteri dan psiko especially tang jilat dinding penjara dan gaya-gaya yang menakutkan masa dalam penjara. Seram weh!

Giphy 1 1

Watak yang lain-lain pun memang boleh menang lah sorang satu kategori! Walaupun cerita ni macam mendebarkan, tapi watak yang dipegang Bront Palarae berjaya kurangkan sikit tension dalam Dukun disebabkan dialognya yang santai, bersahaja dan kelakar. Oh ye, tak lupa jugak OST dalam filem ni yang dah stuck dalam kepala otak admin. Agaknya dah memang berhantu kot sebab dah 12 tahun tersimpan!

 

6. Fan theory mengatakan Diana ada kembar!

Dalam filem Dukun ada satu watak yang bernama Danni (Hasnul Rahmat). Menurut blog Suka Filem, mereka mengatakan Danni merupakan kembar Diana yang sebenarnya merupakan mastermind dalam segala perbuatan jahat Diana serta bertanggungjawab menjaganya supaya terus ‘hidup’.

Dd6
sumber: blog

Kayu Batak yang menjadi rebutan dari zaman dulu pun mereka ragui punyai kuasa sakti seperti yang dikatakan kerana ianya dilihat sebagai simbol kepada kawalan terhadap nafsu dan menjadikan sesiapa yang berminat dengan tongkat tu terikat dengan pantang larang yang perlu diikut.

Dd5
sumber: blog

Yang dah tengok ni, mesti tertanya pasal mayat wanita yang dah diawet dan penuh dengan huruf Batak tu kan? Sebenarnya mayat tu kemungkinan ialah mayat Diana Dahlan masa zaman pemberontakan Dukun tu. So, ada possibility roh Diana memang dah berpindah ke tubuh sekarang dan selepas hukuman gantung, dia dah masuk ke badan Nadia pulak. Kiranya Diana memang tak akan mati.

Giphy 2 1

All in all, Dukun memang berbaloi nak tonton dan bagi yang minat genre cerita macam ni memang akan puas hati bila dah tengok. Jadi apa tunggu lagi? Make sure korang tengok guna cara yang betul ye. Jangan tengok yang cetak rompak pulak!

Rasanya mungkin movie ni kena PG18 kot.

Baca: Filem Dukun, Kisah Tentang Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia

Page Mona 3 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.