Sejak kebelakangan ini, hubungan mesra di antara pasangan suami isteri, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta anak-anak mereka sering mencuri tumpuan warganet di media sosial.
Terbaharu, perkongsian perkongsian video Bella Astillah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memaparkan suasana harmoni di rumah mereka.
Artikel berkaitan : Letak Gambar Bella Astillah & Anak Belakang ‘Casing’ Handphone, Ramai Anggap Syed Saddiq Ada Kriteria ‘Family Man’
Artikel berkaitan : Baru 3 Hari Berkahwin, Syed Saddiq Kembali Ke Parlimen Dengan Isu Jerebu
Tak sempat tukar baju dah main-main dengan anak-anak
Melalui satu video yang dikongsikan di IG story, Syed Saddiq yang masih berkemeja batik dilihat tekun dan mesra melayan anak-anak Bella, iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna, bermain di ruang tamu.
Aksi tersebut menarik perhatian netizen yang menyedari bahawa Syed Saddiq terus melayan kanak-kanak berkenaan sejurus pulang daripada kerja.
“Syed Saddiq, the father who stepped up. Tak semua manusia menjadi ayah layak bergelar ‘ayah’. Balik Parlimen penat-penat tak salin baju lagi dah main dengan anak-anak…”
Dalam pada itu, Bella pula sempat menikmati ‘me-time’ dengan bersantai di atas kerusi urut. Dia dilihat tersenyum comel ke arah kamera dan membuat isyarat ‘peace’.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat penyayang Syed Saddiq kerana tidak kekok melayan anak-anak kecil serta tumpang gembira melihat ketenangan yang dikecapi Bella kini.

Sumber: Threads
