in

“Mereka berhak hidup dengan aman” – Peperangan Di Palestin, Raja Permaisuri Agong Gesa Gencatan Senjata

Rpa Istanbul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seantero dunia kini sedang berkabung dengan nasib yang menimpa negara Palestin, ramai yang menunjukkan solidariti terhadapa negara di Asia Barat itu, baik di sosial media atau di jalanan.

Terbaru, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  dalam sidang kemanusiaan di Istanbul menggesa agar gencatan senjata diadakan untuk menghentikan serangan ke atas Palestin.


Artikel berkaitan: Raja Permaisuri Agong Ambil Anak Istimewa Hidap Sindrom Werewolf Di Sarawak Sebagai Anak Angkat

Artikel berkaitan: “Rezeki bayi awak” – [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Permaisuri Agong Usap Perut Ibu Mengandung

Berucap pada sidang kemuncak ‘United for Peace in Palestine’, baginda merayu pemimpin dunia mendesak perang dihentikan, seiring dengan ratusan ribu rakyat yang menyokong gencatan senjata di Gaza.

@sinar_my

Titah DiRaja KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada Sidang Kemuncak “United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peace” di Istanbul, Turkiye hari ini (15 November 2023) Sumber : Istana Negara #SINARKongsi #fypシ #xyzbca #fypシ゚viral #freepalestine🇵🇸❤️

♬ original sound – SINAR – SINAR

“Mereka datang dari semua lapisan masyarakat, mengamalkan agama berbeza dan bertutur bahasa berlainan namun mereka memiliki satu suara mahukan keamanan, hidup dalam harmoni dan saling menghormati.

Beta berdiri di sini bukan sahaja sebagai Permaisuri, tetapi sebagai ibu, anak-anak yang amat disayangi. Beta berdiri di sini sebagai manusia dan kita mesti tegas bersuara supaya semua ini dihentikan,” titah baginda.

Sidang kemuncak itu diterajui oleh Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan serta dihadiri oleh pasangan ketua-ketua negara dan kerajaan.

Tidak mahu berdiam diri, Raja Permaisuri menegaskan pencabulan hak asasi manusia yang sedang berlaku di Gaza itu membuatkannya bimbang akan keselamatan kanak-kanak di situ.

Titah baginda, gencatan senjata membolehkan organisasi kemanusiaan menghantar bekalan penting, manakala kumpulan tempatan boleh menyediakan perkhidmatan kecemasan.

“Beta dengan rendah hati bercakap untuk setiap seorang daripada mereka dan sebagai seorang Muslim, harus diingat adalah menjadi kewajipan kita sebagai manusia untuk menuntut penamatan semua permusuhan”, titah baginda.

Sebagai info, dalam sidang kemuncak di Istana Dolmabahce itu, pasangan ketua negara dan kerajaan serta wakil negara diberi 10 minit untuk menyampaikan kenyataan.

Sumber: Buletin TV3, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.