in

“Menyayat hati…” – Terkorban Akibat Dirempuh Myvi, Pasangan Suami Isteri Rupanya OKU Pendengaran

Page Myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila pasangan suami isteri terkorban ketika menaiki motosikal akibat dirempuh dengan pemandu Myvi yang dipercayai mabuk di sekitar Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka.

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 7:45 pagi itu telah mengakibatkan pasangan tersebut iaitu Ezuddin Mohammad, 50 tahun dan isteri Surayah Muhamat, 48 tahun meninggal di tempat kejadian.


Myvi 1

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Supritendan Amran@Mohamad Zaki Omar, kejadian itu telah melibatkan tiga buah motosikal dan juga sebuah kereta yang dipandu oleh pemuda berusia 24 tahun.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987” – Supritendan Amran@Mohamad Zaki Omar

“Mereka ini merupakan OKU pendengaran (pekak)”

Pasangan suami isteri itu telah selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas selamat dibedah siasat Jabatan Forensik Hospital Jasin manakala pemandu Myvi yang merupakan seorang operator kilang mengalami kecederaan di bahagian muka.

Lebih menyayat hati apabila seorang pengguna di Twitter mendedahkan bahawa pasangan tersebut merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran dan telah meninggalkan lima orang cahaya mata.

 

Sementara itu di bahagian replies dan juga quotes tersebut, ramai yang mendoakan supaya kedua-dua roh mangsa akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan mereka juga mengharapkan supaya kejadian sebegini tidak akan berulang lagi dalam masa akan datang.

Twt Full

Terbaru, pemandu Myvi yang berusia 24 tahun itu telah direman selama 4 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Min doakan supaya anak-anak mangsa dan juga keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ni ya… Korang yang drive kereta tu make sure selalu hati-hati okay?

Baca: Bonet Kereta Sampai Terlipat, Netizen Bengang Lihat Kemalangan Gara-gara Pemandu Myvi Didakwa Tengah ‘High’?

Untitled 1 3

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.