in

Menurut Undang-undang Polis Perlu Utamakan Kes Kecemasan – Menteri Dalam Negeri

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran tular video ambulans ditahan bagi memberi laluan kepada konvoi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di Johor Bahru baru-baru ini, perkara ini telah dibangkitkan dalam parlimen.


Ketika di parlimen semalam MP Jelutong RSN Rayer telah meminta agar Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab kenapa escort Perdana Menteri mendahulukan konvoi berbanding ambulans yang membawa pesakit.

Ekoran ini, Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hamzah Zainuddin mengatakan polis yang bertugas mengawal trafik perlu memberikan keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans dan Bomba, lapor The Star.

Konvoi Vip

Katanya, mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 memperuntukkan bahawa pegawai polis diberi kuasa untuk mengatur, mengawal dan mengalihkan sebarang lalulintas semasa menjalankan tugas pengiring keselamatan.

Bagi memastikan keselamatan di tahap tertinggi pegawai pengiring akan bertindak mengikut peruntukan undang-undang.

Elemen ini disusun mengikut tahap keselamatan yang diperlukan seperti mengiringi bahan berbahaya, bahan letupan, senjata api, banduan, orang kenamaan, vaksin dan lain-lain mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Pun begitu, pegawai polis yang bertanggungjawab mengawal lalu lintas perlu segera memberi keutamaan dan laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat seperti termaktub dalam Peraturan Kesembilan, Lalu Lintas Jalan 1959.”

Mengenai insiden tular, sebelum ini Ketua Polis Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid memberitahu ambulans tersebut ditahan bagi mengelakkan dari bertembung dengan kenderaan konvoi selepas meneliti aspek keselamatan.

Tapi bila tengok balik video haritu memang laju betul konvoi tu, so kalau polis tak stop kan ambulans takut pulak jadi kemalangan.

 

Baca: “Ni baru betul” – [VIDEO] Rider PDRM Iring Konvoi Diraja Dipuji Lepas Beri Laluan Kepada Ambulans

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.