in

Mendapat Gelaran ‘Wanita Paling Subur’, Ibu Berumur 40 Tahun Ini Mempunyai Lebih 40 Orang Anak!

Mari5 E1658552279554

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekiranya ramai para ibu mengeluh dan mengadu mengenai tugasan tanpa henti yang melibatkan penjagaan anak-anak, cuba bayangkan bagaimana pula jika anda mempunyai 44 orang anak!


Bukan mitos, memang wujud wanita yang terlebih subur dan dia telah melahirkan anak sebanyak 44 orang di sepanjang usianya.

 

Marian Nabatanzi, Digelar Sebagai Wanita Paling Subur

Wanita ini berasal dari Uganda. Dia yang berusia 40 tahun merupakan ibu kandung kepada 44 orang anak, bagaimanapun, hanya 38 yang masih hidup.

Pada usia 23 tahun, dia sudah memiliki 25 orang anak!

Sepanjang hidupnya, Mariam melahirkan 6 pasang kembar, 4 set quadruplet (kembar empat) , 3 set triplet (kembar tiga), manakala yang lain dilahirkan tanpa ‘copy’.

Mari1

 

Ni anak yang tiada kembar. Comel kan?

Mari4

Kandungan kali terakhirnya adalah sepasang kembar pada 4 tahun lepas semasa usianya 36 tahun. Bagaimanapun, seorang daripada kembar tersebut meninggal dunia.

Akhirnya selepas melahirkan 44 orang anak, dia dilarang untuk beranak lagi.

Katanya dalam satu temubual, doktor telah menjalankan pembedahan rahim bagi menghentikan dia dari terus mengandung.

 

Genetik rare, ovarinya besar dan subur

Seorang pakar sakit puan di Hospital Mulago di Kampala Uganda yang dikenali sebagai Dr Charles Kiggundu mengatakan Mariam mempunyai genetik yang jarang dimiliki.

Kesnya adalah kecenderungan genetik untuk hiper ovulasi, dimana ia melepaskan banyak telur dalam satu kitaran yang secara signifikannya, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kembar.”

Seingat Mariam juga, ayahnya mempunyai ramai anak daripada ibu yang berlainan. Jumlah yang dikira-kira, Mariam mempunyai lebih 40 orang adik beradik!

Pernah juga dia mahu berhenti mengandung semasa sudah memiliki 25 anak namun doktor beri saranan supaya dia mengandung semula kerana ovarinya sangat besar. Pengambilan pil perancang juga doktor tak galakkan kerana akan ada komplikasi lebih berat di masa hadapan.

Kesiannya dia…tapi doktor nasihat tu selalunya yang terbaik untuk kesihatan seseorang. Takkan sengaja nak suruh dia lahirkan anak sampai 40 orang kan?

 

Berkahwin pada usia 12 tahun

Menurut Mariam, hidupnya dari kecil sehingga kini tak pernah senang. Semasa kecil ibunya tinggalkan mereka. Kemudian ayahnya berkahwin lain lalu tinggallah mereka bersama ibu tiri.

Mari6

Ibu tirinya pula kejam, meracun adik beradik yang lain sehingga mati dengan mencampurkan pecahan kaca ke dalam makanan mereka. Mariam terselamat kerana dia tak berada di rumah sewaktu kejadian.

Ketika itu saya baru berumur 7 tahun, terlalu muda untuk saya tak faham apa itu kematian.”

Pada usia 12 tahun pula, dia dijual oleh keluarga kepada seorang lelaki yang hampir 30 tahun lebih tua darinya untuk dikahwini.

Kemudian, selepas melahirkan anak terakhir pula suaminya pergi tinggalkan mereka sekeluarga. Kejamnya! Semua dahlah anak dia!

 

Tak kisah, tetap sayang anak-anak

Nama suaminya itu terus kena banned dalam rumah tu.

Walaupun melalui hidup yang sukar beserta anak yang ramai, Mariam sangat sayang dengan kesemua anaknya.

Mari7

Happy je tengok dorang nih!

Dia melakukan banyak pekerjaan bagi menampung keluarga termasuklah pendandan rambut, jual besi, dan penghias acara.

Dia juga mahu berikan yang terbaik buat mereka. Katanya dia mahu semua anaknya berpelajaran.

Impian saya ialah anak-anak saya pergi sekolah. Tak apa jika mereka kekurangan perkara lain, tapi mereka mesti ke sekolah.”

Pun begitu impian Mariam, mesti ada anak yang merasakan beban ibu mereka. Anak kedua mereka berhenti sekolah untuk membantunya sara keluarga.

Baiknya anak…

Kerana isi rumah yang ramai, mereka tinggal di 4 buah rumah. Setiap hari, anak mereka akan ikut tugasan kerja rumah yang disenaraikan mengikut jadual ditetapkan. Macam sekolah pula.

Min harap anak-anak dia berjaya dan dapat banggakan Mariam satu hari nanti!

 

Sumber : allthatsinteresting , mirror 

 

Baca : Hanya Tinggal Kurang 10 Ekor Di Dunia, Inilah Harimau Hitam ‘Ultra-rare’ Berjaya Dikesan Di India

Capture 3 13

Sumber: youtube
Sumber: yotube
Sumber: youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.