in

Hanya Tinggal Kurang 10 Ekor Di Dunia, Inilah Harimau Hitam ‘Ultra-rare’ Berjaya Dikesan Di India

Ft Rimau Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, terdapat banyak spesis harimau yang ada di seluruh dunia ini. Tapi yang biasa kita tahu dan familiar ialah spesis Harimau Bengal, Harimau Siberia, Harimau Sumatera dan of course Harimau Malaya.


Tapi pernah tak korang dengar spesis harimau melanistik? Hah min pun baru pertama kali dengar nama harimau spesis ini.

 

Kulit hitam dan berbelang oren – Harimau Hitam

Harimau melanistik ini ialah harimau yang tersangatlah ‘rare’ dimana kulitnya bukanlah berwarna oren dan berbelang hitam tetapi berwarna hitam secara keseluruhan dengan hanya berbelang-belang kecil yang berwana oren.

Keadaan ini berlaku disebabkan masalah kecacatan genetik yang menyebabkan belang hitamnya itu lebih tebal daripada harimau biasa dan menyebabkan warna oren di kulitnya itu lebih ‘tersorok’. Harimau ini dikenali juga dengan nama ‘Harimau Hitam’ disebabkan keadaan kulitnya itu.

 

Hanya tinggal 7 ke 8 ekor

Menurut pakar, spesis Harimau Hitam ini hanya boleh dijumpai di Odisha, India dan jumlahnya pula diancam kepupusan dengan hanya sebanyak 7 ke 8 ekor sahaja yang masih hidup di wilayah itu.

Walau bagaimanapun, lapor Daily Mail, seorang jurugambar, Soumen Baypayee dianggap sangat ‘bertuah’ selepas dia berjaya merakamkan haiwan pemangsa yang diancam kepupusan itu di Barat Odisha baru-baru ini.

Rimau 1

Rimau 2

Harimau Hitam ini telah dijumpai di kawasan hutan di wilayah India dan jarang dikesan sebelum-sebelum ini.

India dikatakan merupakan ‘rumah’ kepada 70% populasi harimau di seluruh dunia!

 

Hanya berada di Odisha, India 

Menurut laporan Tiger Census pada tahun 2018, harimau melanistik hitam ini dikatakan hanya boleh dijumpai di Odisha dan jumlahnya semakin berkurang secara drastik sejak kebelakangan ini.

Majoriti Harimau Hitam ini berada di Rizab Harimau Simplipal di Odisha. Rizab itu melaporkan Harimau Hitam yang pertama telah dijumpai pada tahun 2007.

Dr Bivash Pandav yang merupakan seorang pakar hidupan liar dan seorang saintis di Institut Hidupan Liar India mendedahkan bahawa dia percaya hanya terdapat sebanyak 7 ke 8 ekor Harimau Hitam sahaja yang tinggal di wilayah India itu.

Tambahnya lagi, Harimau Hitam itu ‘unik’ dalam dunia disebabkan keadaan genetik mereka yang danggap sebagai ‘ultra-rare’ itu.

 

Saiz lebih kecil dari biasa

Sebagai pengetahuan, Harimau Hitam ini memiliki saiz yang lebih kecil berbanding spesis harimau yang lain. Pertama kali spesis ini dijumpai di India adalah pada tahun 1990.

“Mereka” terus membiak di Odisha disebabkan kawasan sana yang kaya dengan hutan dan pelbagai jenis habitat liar yang lain.

Namun, pakar hidupan liar mendedahkan bahawa punca sebenar Harimau Hitam ini semakin berkurangan adalah disebabkan kegiatan pemburuan haram. Harimau-harimau ini menjadi ‘target’ pemburu haram untuk tulang, kuku, kulit dan misainya.

Menurut jabatan perhutanan di Odisha pula mendakwa bahawa kepupusan haiwan pemangsa itu bukanlah disebabkan pemburuan haram tetapi kesan daripada peningkatan populasi manusia.

Kemajuan kawasan urbanisasi menyebabkan kawasan tempat tinggal harimau-harimau ini semakin berkurang.

Min teringat pula dekat Richard Parker dalam filem Life of Pi. 

Baca: Lain yang order, lain yang dapat – Pasangan Terkejut Kucing Yang Dibeli Online Rupanya Anak Harimau Sumatera Baca Rimau

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.