in

“Menari pakai PPE” – Pengorbanan Frontliners Sanggup Berjoget Untuk Hiburkan Pesakit Cilik Ini Dapat Pujian Netizen

1Menari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bilangan kes aktif Covid-19 di negara kita masih tinggi dan kes baru harian juga tidak menurun dalam tempoh sebulan yang lalu. Ramai yang terkesan dengan keadaan pandemik ini termasuklah juga barisan petugas kesihatan kita.



Pengorbanan frontliners dalam mendepani pendemik ini memang tak boleh disangkal lagi. Mereka sanggup buat apa saja bagi memastikan negara kita selamat. Ada satu video pasal frontliners yang min nak share dengan korang. Min berani jamin korang confirm terhibur dengan video @kekli_ kat bawah ni.

 

Menari dalam PPE

Min tengok video ni banyak kali pun masih terhibur dengan gelagat frontliners tu. Sungguh-sungguh tu berjoget untuk hiburkan hati adik tu. Memang min tabik lah kat frontliners ni

Screenshot 2021 07 03 At 11.36.51 Am

Min geram betul yang tak pegang phone tu. Siap menari macam sotong lagi. Tapi memang A++ lah effort frontliners ni untuk adik kita sorang tu. Respect!

Screenshot 2021 07 03 At 11.37.36 Am

Terima kasih juga kepada semua frontliners yang berkorban jiwa dan raga dekat pusat kuarantin dan hospital. Anda semua hero kami.

Screenshot 2021 07 03 At 11.35.35 Am

Amiiinnn. Semoga penat yang dan pengorbanan yang dicurahkan oleh frontliners semuanya mendapat balasan di dunia dan akhirat.

Screenshot 2021 07 03 At 11.35.06 Am

Ini pengalaman frontliners yang bertugas di bahagian kanak-kanak. Sampai kena nyanyi lagu Negaraku baru boleh buat kerja. Patriotik betul.

Apa-apa pun kita doakan semua frontliners diberikan kekuatan untuk melawan pandemik ini.

 

Baca: “Duduk rumah dan patuhi SOP” – DG Hisham Luah Kerisauan Mengenai Situasi ICU Di Hospital

Screenshot 2021 07 03 At 11.38.43 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.