in

“Memang auto meremang la…” – Pelajar Uni Ketakutan Lepas Nampak Tangan Muncul Dari Lampu Siling Rupanya…

Tangan Rakun 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak menjerit bila tengah seronok melepak kat ruang tamu tiba-tiba ternampak ada tangan terjulur dari atas siling.


Tangan Rakun E1646540808442

Itulah apa yang dialami seorang pelajar universiti di New York, Amerika Syarikat bersama tiga rakan serumahnya yang lain selepas mereka digemparkan dengan kemunculan tangan asing dari lampu siling rumah sewa mereka.

Memetik laporan New York Post, Yesenia Irizarry, 21, segera menelefon talian kecemasan sebaik menyedari kemunculan tangan berkenaan manakala, tiga rakan serumahnya yang lain menjerit ketakutan.

Meskipun kelihatan sangat asing, Irizarry yang merupakan seorang pelajar di Fashion Institute of Technology meminta untuk disambungkan kepada pasukan penyelamat haiwan kerana menganggap tangan terbabit adalah milik haiwan terperangkap berdasarkan saiznya yang kecil.

7338343404 Beb2844315 5K 1080X675 1 E1646541336794
Gambar hiasan

Setelah beberapa ketika, tangan terbabit berjaya menolak lampu siling berkenaan ke tepi mendedahkan seekor rakun yang kelaparan.

Jelas Irizarry, pihak polis yang tiba ke lokasi kemudiannya menasihati penghuni rumah itu untuk tidur saja dan tak menghiraukan rakun terbabit memandangkan tiada apa yang boleh mereka lakukan.

Tangan Rakun 1 E1646541448100

Pun begitu, Irizarry berkata, dia dan rakan serumahnya gagal melelapkan mata malam itu. Selepas beberapa minggu hidup bersama bunyi cakaran rakun di siling, Irizarry dan rakan serumahnya yang trauma segera berpindah daripada rumah terbabit.

Sementara itu, penyelenggara bangunan terbabit mendedahkan memang rakun sangat gemar ‘berkampung’ di bangunan berkenaan. Malah, ada penyewa sebelumnya yang menemukan sekeluarga rakun sedang berehat di ruang tamu rumah ketika mereka pulang.

Sumber: New York Post

Baca: Biawak Besar Syok ‘Berkampung’ Di Siling Rumah, Kantoi Sebab ‘Owner’ Ternampak Kaki Tergantung

F2 Monitor E1646539938506

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.