Ada sesetengah content creators yang sanggup melakukan apa sahaja prank yang melampaui batas untuk menaikkan views dan followers di media sosial sehingga boleh menimbulkan perbalahan serta ketidakselesaan orang awam.
Sebelum ini, YouTuber yang lebih dikenali sebagai Izuan Razali sering ditegur netizen kerana secara tiba-tiba menjerit dan membentak di kedai makan hanya kerana mahu memuji makanan yang dijual itu sedap.
Baru-baru ini, dia sekali lagi memuatnaik satu video di TikToknya @izuan_razali tengah melakukan prank memegang tangan perempuan lain yang sedang berjalan dengan lelaki yang dikatakan suaminya.
@izuan_razali New Prank 🔐🔐🔐 #izuanrazali #fyp
Dalam video tersebut, YouTuber ini kononnya tersalah pegang tangan perempuan lain yang disangka sebagai isterinya mengundang kemarahan suami kepada wanita tersebut sehingga nyaris tercetus pergaduhan antara mereka. Perbuatan ini juga turut mengejutkan orang awam yang lalu lalang di situ.
Sedar dirinya dikecam teruk, Izuan tampil memberi penjelasan bahawa video itu hanyalah lakonan drama pendek, drama prank sahaja.
https://www.tiktok.com/@izuan_razali/video/7088416685207735579?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menerusi video tersebut, YouTuber ini menangis sambil menjelaskan tentang perkara sebenar dengan bersumpah yang dia tidak pegang tangan isteri orang dan video tersebut hanya lakonan semata-mata.
Bagaimanapun menjengah ke ruangan komen, netizen menganggap drama tangisan air matanya itu hanyalah ‘fake’ dan tak ikhlas. Selain itu, ada juga netizen yang menegur perbuatannya yang melampau serta akan menerima padah di kemudian hari.
“Mcm² hal dah mamat ni .. mdapat kau nnti .. adoii .. cr lah konten elok² sikit” – Komen netizen
“Jgn cm ni bg.. Blom kna buku ngan ruas lg” – Komen netizen
Netizen turut menambah supaya YouTuber ini berhenti dan lebih baik buat sesuatu yang tak menjatuhkan fitnah dan dapat beri manfaat pada orang lain.
Min lagi suka social experiment dari prank. Korang pulak macam mana?
Baca: “Rosak hubungan” – Mufti Perlis Perjelas Hukum Di Sebalik ‘Prank’ Curang Suami Isteri