in

“Mati dengan muka kelihatan jatuh, badan terlentang”- Lebih 400 Ekor Gajah Mati Secara Misteri Sejak Mei Hingga Kini

Elephant Composite V3 1 1

Lebih 400 ekor gajah dilaporkan mati secara misteri di Delta Okavango, Bostwana di Afrika sejak Mei lalu.

Kematian seperti itu dilaporkan tidak pernah berlaku sebelum ini dimana menurut sumber, gajah-gajah itu mati dengan bahagian muka yang kelihatan ‘jatuh’ dan saling menghadap gajah lain dalam kedudukan bulatan.

Ada juga yang mengatakan sesetengah gajah tersebut mati dalam keadaan terlentang, dipercayai mati secara tiba-tiba, lapor Africa Geographic.

Elephant Composite V3 1

Sehingga kini kematian gajah-gajah tersebut masih belum diketahui bagaimanapun sampel telah dihantar ke makmal dan keputusan akan diketahui tidak lama lagi.

 

Masa dalam flight, nampak 169 bangkai gajah…

Menurut Dr McCann dari Badan Amal Penyelamat Taman Negara yang berpusat di United Kingdom…

Kejadian ini disedari dan dimaklumkan oleh ahli konservasi tempatan pada awal Mei lalu ketika mereka melakukan penerbangan di Delta…”

“Mereka melihat 169 bangkai gajah sepanjang penerbangan tiga jam”

Bukan itu sahaja, sebulan kemudian selepas siasatan lanjut dilakukan, mereka menemui lebih banyak lagi bangkai dan menjadikan jumlah keseluruhan lebih 350 ekor dan bertambah sehingga kini.

Ia merupakan jumlah yang luar biasa dicatatkan di kawasan tersebut, lapor Malaysia Gazette.

Image 1 300X198 1

Image 2 300X199 1

 

Teori-teori kematian misteri gajah

Namun pelbagai teori timbul berkaitan kematian gajah-gajah tersebut yang mati dalam jumlah yang banyak dan tidak berkaitan kemarau.

  • Pemburuan Haram – Kerajaan menolak dakwaan ini kerana gading gajah tidak keluarkan dari haiwan tersebut.
  • Racun – Dakwaan ini juga ditolak kerana jika racun digunakan, ia mungkin akan menyebabkan kematian haiwan-haiwan lain, namun hanya gajah yang mati.
  • Keracunan anthrax semulajadi, yang pernah bunuh sekurang-kurangnya 100 gajah tahun lalu.

Bagaimanapun mereka berpendapat kematian luar biasa gajah-gajah ini berkaitan dengan ‘sesuatu’ yang menyerang sistem saraf haiwan tersebut.

 

Siannya…

Baca : Lamanya diseksa- Gajah Kontroversi Tikiri Akhirnya Mati, Lepas 70 Tahun Diseksa Jadi Hamba

Baca 1