“MasyaAllah sudah tunai haji tapi pakai seksi…” – ‘Bawang Merah’ Kena Kecam Sebab Tak Jaga Tingkah Laku

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau dah jadi artis terkenal sudah pasti sentiasa ada mata-mata yang memerhati dan mulut yang berkata-kata. Kehidupan sebagai selebriti ni memang tak lari daripada kritikan daripada peminat mahupan haters.

Terbaru, aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani dikritik hebat oleh netizen lepas video dia menari dimuat naik di Instagram.

Video tu sebenarnya kawan dia yang upload, menunjukkan Nia dan 3 kawannya menari lagu Black Pink, Ddu du ddu du.

Dalam video tu Nia dilihat memakai seluar panjang dengan sports bra berwarna hitam. Netizen anggap cara pemakaian dia tu tak wajar memandangkan dia baru je pulang daripada tunaikan ibadah haji.

Walaupun 3 lagi kawan Nia tu pun pakai seksi jugak, tapi mungkin Nia paling mendapat perhatian sebab dia public figure dan juga dah pergi tunai haji.

Sumber: Instagram

Menurut netizen pakaiannya yang menampakkan bahagian perut tu terlalu seksi jadi ramai yang minta dia jaga tingkah laku dan pakai pakaian yang lebih sopan.

“Gagal fokus, MasyaAllah sudah tunaikan haji berpakaian seksi, mudah-mudahan diberi hidayah.”

“Hajah Ramadhani, sayangnya aurat tu ditayang-tayang…”

“Sayangnya badan cantik dilihat ramai orang. Cuba kalau simpan je untuk suami, mesti lagi cantik.”

Sumber: Instagram

Ada juga individu yang nasihat netizen lain supaya tak terus kecam sebaliknya doakan yang terbaik dan tegur dengan cara yang elok.

“Mungkin sebahagian yang beri komen pedas tu, inginkan yang terbaik saja untuk Nia. Tapi janganlah pula komen secara keterlaluan. Kita doakan saja, semoga Nia akan berhijrah dan menutup aurat di masa akan datang…”

Takde lah semua kritik and kecam Nia ni, ada ramai juga yang puji bentuk badan dia yang maintain langsing walaupun dah ada 3 orang anak.

Baca: Macam Omputih! Adegan Panas Agnes Monica Dikecam Murahan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!