“Masuk pulak tempo!”- [VIDEO] Ini Respon Amsyar Lee Lepas Tengok Remix Lagunya Dengan Sajat

Tambah ke Sumber Pilihan
“Masuk pulak tempo!”- [VIDEO] Ini Respon Amsyar Lee Lepas Tengok Remix Lagunya Dengan Sajat

Nama Amsyar Lee, seorang jejaka yang viral kerana keunikan suaranya yang mampu meniru pelbagai tone suara para artis kini nampaknya semakin meningkat naik.

Baru-baru ni, influencer terkenal ini baru sahaja keluarkan single terbarunya yang berganding dengan rapper muda Bunga bertajuk Belai. Katanya lagu itu telah mendapat pujian ramai kerana mereka menggabungkan melodi etnik tradisional dengan melodi moden.


Muzik video lagu itu yang ditayangkan pada 10 Februari lalu telah berjaya memasuki senarai Top 10 trending di YouTube!

Sedang lagu Belai ini meningkat naik, ada pula netizen kreatif yang mengedit lagu Amsyar dan Bunga ini kepada remix suara Sajat sehingga mendapat perhatian Amsyar sendiri!

“Saya akui, orang Malaysia memang kreatif,” tulis Amsyar di kapsyennya.

Siapa je tak terhibur dengan lawak Sajat? Bagi lah apa pun punchline dia, semua kelakar! Walaupun Sajat ni banyak kontroversi dia, tapi bila dia buat lawak je, semua berdekah!

Tapi, netizen ni pun tak kurang kelakarnya. Remix suara Sajat itu kedengaran macam ‘masuk’ je dengan melodi lagu Belai ni.

Melalui posting Reel yang dimuat naik oleh Amsyar sendiri di akaun rasmi Instagram miliknya, pelbagai reaksi daripada para netizen yang menunjukkan mereka juga terhibur dengan video ‘remix’ itu. Di samping itu, ada juga rakan artis yang meninggalkan komen selepas menonton dan mendengar ‘remix’ itu. Siap tanya bila nak keluarkan official remix lagi!

Komen AmsyarSumber: Instagram

Macam-macam hal ya…tapi min pun akui lah netizen Malaysia kalau bab macam ni memang kreatif betul!

Baca: [VIDEO] Ramai Berdekah Tengok Lelaki Ini Ajuk Lagu Green Light Red Light Versi Artis Malaysia

Baca Amsyar

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Masuk pulak tempo!”- [VIDEO] Ini Respon Amsyar Lee Lepas Tengok Remix Lagunya Dengan Sajat
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/masuk-pulak-tempo-video-ini-respon-amsyar-lee-lepas-tengok-remix-lagunya-dengan-sajat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM