in

“Masuk Oxford umur 13 tahun” – Ini 5 Pelajar Genius Yang Pernah ‘Menggemparkan’ Malaysia

Syaz Ft 2024 10 02T173235.133

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh mengenai pelajar berusia 13 tahun menjadi pelajar termuda yang layak untuk mendaftar di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sains Matematik di Fakulti Sains universiti tersohor tersebut.

Remaja itu dikenali sebagai Izz Imil Shahrom dan dia merupakan penghidap autisme dalam spektrum high functioning dan dikategorikan sebagai hyperlexic atau lebih dikenali sebagai Einstein Syndrome.


Artikel berkaitan: Jadi Penuntut Termuda Di UM Pada Usia 12 Tahun, Ini Kisah Kanak-kanak Genius Izz Imil Shahrom

Tahap pembelajaran Izz itu begitu tinggi sehingga berupaya menyelesaikan soalan Matematik dan Kimia tingkatan empat.

Malah, dia sudah lancar dalam pemahaman Periodic Table of Element dan gemar membaca buku Secret of Mental Math ketika usianya 5 tahun.

Selain Izz, tahukah anda kita pernah menyaksikan beberapa lagi pelajar genius yang pernah menggemparkan Malaysia? Mari kami kongsikan.

1. Sufiah Yusof

Sufiah Yusof, lahir pada 11 November 1984 merupakan seorang genius Matematik dari Kodiang,  Kedah.

Dia pertama kali menjadi berita hangat di dada akhbar serta televisyen pada tahun 1997 apabila berjaya melayakkan diri ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk menyambung pengajian dalam bidang matematik pada usia seawal 13 tahun.

Clipboard0 Horz

Sufiah bagaimanapun menjadi bualan ramai ekoran terpalit dengan kontroversi penglibatannya dalam dunia pelacuran, lalu melarikan diri dari universiti sekitar tahun 2000.

Dia kini banyak memperjuangkan hak kesamarataan buat wanita serta lantang bersuara berkenaan hak kemanusiaan.

Artikel berkaitan: “Rupanya tu fungsi lubang kerusi tu” – Genius! Ramai Puji Kebijaksanaan Murid Sekolah Ini Angkat Kerusi

2. Adi Putra Abdul Ghani

Pada tahun 2005, Malaysia sekali lagi digegarkan dengan berita seorang prodigi Matematik iaitu Adi Putra Abdul Ghani yang berusia 6 tahun, dia dikatakan mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam mata pelajaran matematik seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Berita Harian pernah melaporkan tentang kehebatan Adi Putra di mana dia dengan mudah telah mengalahkan 19 guru serta 230 pelajar tahun satu hingga tahun enam dalam ujian kepintaran minda.

Adi Putra Genius Matematik Dari Bagan Serai 6

Bapa Adi Putra berkongsi dia menyedari bakat anaknya itu ketika dia berusia 4 tahun apabila dia berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya yang empat tahun lebih tua daripadanya.

Dia juga pernah menerima tajaan daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan Yayasan Tenaga Nasional bagi menampung pembelajarannya di peringkat A-level di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Adi Putra kini berusia 25 tahun dan sudah selamat berkahwin dengan pilihan hatinya, Siti Sarah Zurkanain hujung tahun lalu.

 

3. Chiang Ti Ming

Chiang Ti Ming lahir pada 27 Julai 1976 merupakan anak kelahiran Seremban, Malaysia, dia mempunyai IQ 148 semasa kecil.

Dia mempamerkan kebolehan luar biasa dalam sains dan bahasa ketika zaman kanak-kanaknya, dia banyak menulis puisi dalam bahasa Cina dan Inggeris serta menyatakan kekagumannya terhadap sains serta menyatakan keinginan untuk menerokai bidang tersebut.

Pada tahun 1988, dia menjadi tajuk utama berita negara apabila dia melangkau dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 6 dan sedang bersedia untuk memasuki universiti di Amerika Syarikat untuk belajar fizik atau sains komputer.

Kemudian pada usia 13 tahun, dia telah diterima masuk ke tahun kedua program ijazah fizik empat tahun di California Institute of Technology, menetapkan rekod pelajar termuda yang pernah memasuki universiti berprestij itu.

Chiang Ti Ming Individu Genius Malaysia

Keputusan akademik Chiang juga merupakan antara lima peratus terbaik dalam kalangan pelajar (top five percent) dan dia merupakan pelajar termuda yang pernah menerima Undergraduate Students Merit Award dua tahun berturut-turut.

Pada tahun 1992, Chiang telah dimasukkan ke Universiti Cornell untuk meneruskan Doktor Falsafah dalam bidang fizik. Dia memperoleh ijazah kedoktoran dalam teori rentetan (string theory) pada tahun 1998 di bawah bimbingan Brian Greene.

Kemudian dia menyambung pengajian dalam bidang matematik Universiti Harvard untuk melakukan penyelidikan pasca kedoktoran. Mentornya, berkata walaupun dia telah melakukan kerja dan menulis kertas kerja dengan baik, dia menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang ramai dan mempunyai kemahiran hidup yang lemah.

Namun, Chiang mula menunjukkan tanda-tanda masalah mental, dia kembali ke Malaysia pada 2001 dan dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan kemurungan dan gejala penarikan diri pada 2002.

Hidupnya terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan, keadaannya bertambah teruk pada 5 Januari 2007 dan dia dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar lalu meninggal dunia pada hari berikutnya.

 

4. Mohamed Shukri Hadafi Aziz

Mohamed Shukri Hadafi Aziz, kanak-kanak genius yang menjadi fenomena di Malaysia sekitar tahun 70an. Pada usia  4 tahun, dia telah menunjukkan keupayaan luar biasa kerana mampu membaca dengan lancar.

Shukri merupakan anak kepada Aziz Kechik, seorang peneroka di Felda 12, Jengka, Pahang dan kemudiannya telah diserahkan sebagai anak angkat kepada pasangan yang tinggal di Merbau Pulas, Kedah.

Kebijaksanaan Shukri menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz sehinggakan beliau menggambil Shukri sebagai anak angkatnya dan menampung keperluan pembelajarannya bagi membolehkan Shukri mendapat pendidikan yang baik.

3 16

Dia juga pernah terlibat dalam filem arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang berjudul Menanti Hari Esok bersama pelakon hebat Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.

Shukri meneruskan kecemerlangan dalam akademik apabila memperolehi Gred 1 dengan 16 agregat dalam peperiksaan SRP pada tahun 1985.

1644955497 188X250 1

Pun begitu, terdapat khabar angin mengatakan Shukri terlalu terbawa-bawa dengan kesenangan yang dikecapi sehingga ‘hanyut’ lalu dibuang sekolah.

Pada tahun 90an, kisah hidupnya menjadi bualan ramai sekali lagi apabila dia dikatakan bekerja sebagai penebar roti canai dan tidak meneruskan pengajian di peringkat tinggi atas masalah kewangan dan peribadi.

 

5. Muhammad Haryz Nadzim

Pada tahun 2020, Muhammad Haryz Nadzim menjadi topik yang tular di media sosial kerana kepintarannya yang sangat tinggi untuk usianya yang baru mencecah 4 tahun pada ketika itu.

Kanak-kanak itu diterima masuk ke Mensa iaitu persatuan IQ global di United Kingdom (UK) dan sekali gus menjadikan Muhammad Haryz sebagai individu kedua termuda yang terpilih menyertai persatuan berkenaan.

Cats 2

Haryz menunjukkan perkembangan tumbesaran memberangsangkan apabila dapat berjalan dan bertutur seawal usia tujuh bulan.

Kanak-kanak yang dilahirkan di UK itu juga gemar membaca buku dan cenderung dengan aktiviti itu sejak berusia dua tahun lagi.

Sumber: MH, Orang Perak, MalaysiaKini, Facebook, Harian Metro

Sumber: Orang Perak
Sumber: iluminasi
Sumber: MadeinUiTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.