Kita kalau boleh bila terjumpa frontliner ni nak ucapkan terima kasih kepada mereka sebab bantu negara ni, tapi amat menghampakan kita semua apabila ada segelintir rakyat yang tak hargai malah memandang hina kepada mereka ini.
Sudahlah bertaruh nyawa di tenpat kerja, bila pulang jiran pulacaci pembawa virus sehinggakan terkesan dekat mereka sekeluarga. Itu lah nasib yang dialami oleh pasangan fronltliner ini.
Hina frontliner pembawa virus
Lapor Tribunnews, jiran sebelah rumah ni buat perangai biadap konon frontliner ini pembawa virus kerana mereka bekerja di hospital dan mudah terdedah dengan pesakit Covid-19.
Petugas medik dari Singapura bersama isterinya ini bekerja dalam bidang yang sama, amat mengecewakan apabila mereka ni berjiran dah bertahun-tahun. Video rakaman mangsa ini dikongsikan di Facebook
Dapat dilihat dalam video itu, jiran menghina, ejek malah lebih biadap lagi sembur cecair disinfeksi dekat mereka sekeluarga dari dalam rumah saat keluarga ni nak masuk rumah mereka sendiri.
Masa balik kerja, jiran tu dah siap-siap tunggu depan rumah sebab nak sembur kat diaorang sampai teriak menghina “virus” kepada mereka berulang kali.
Kata mangsa lagi, kadang-kadang mereka sembur sampai anak mereka yang masih ekcil takut nak masuk rumah kerana ada sekali cecair tu sampai masuk ke dalam mata anak.
Mereka bagaimanapun dah laporkan perkara ini kepada pihak polis kerana tindakan mereka yang keterlaluan ini.Namun, ramai netizen yang memberikan sokongan moral kepada si mangsa untuk kuatkan semangat.
Korang tengok video ni, menyirap je min!