Pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan Masjid Kapitan Keling, Georgetown apabila mereka memberikan ganjaran kepada kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan solat tarawih 20 rakaat.
Semalam, 13 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah menerima hadiah sempena pencapaian mereka. Difahamkan, hadiah diberi berdasarkan cap pada kad yang akan ditandatangani oleh pengerusi masjid, Faruk Raja Mohamed setiap kali selepas selesai solat tarawih.
Menurut Setiausaha Masjid Kapitan Keling, Mohamed Rizdwan Abdul Ghafoor Khan, pihak masjid memberikan ganjaran tersebut untuk memberi galakan dan motivasi kepada kaak-kanak untuk terus menjalani solat tarawih di situ.
“Pada malam ini (malam tadi), kanak-kanak berkenaan diraikan dengan diberi hadiah berupa permainan.
“Mereka dan kanak-kanak lain terutama pelajar di bawah usia 17 tahun yang berminat, masih berpeluang mendapatkan hadiah istimewa dengan syarat, datang ke masjid dan tunaikan solat tarawih 20 rakaat selama 10 malam,” katanya kepada sumber.
Jelasnya lagi, pihak masjid menerima maklum balas positif daripada ibu bapa dan waris berhubung inisiatif ini. Malah, kebanyakan kanak-kanak yang memenangi hadiah itu berasa gembira dan menyatakan hasrat mereka untuk mengumpul hadiah yang lain pula.
Syabas buat pihak masjid!
Kredit: Harian Metro
BACA: Lelaki Beli Air Cincau Sebab Nak Minum Lepas Tarawih, Sekali Cincau Hanya Contengan