Semalam seorang wanita di Instagram, @lameraheyra memuat naik hantaran beberapa gambar dan video mengenai seorang lelaki juga anak buahnya yang hilang selepas cash on delivery (COD) telefon pintar kepada pelanggan.
Artikel berkaitan: Kes Hilang Di Pulau Perhentian: Mangsa Katanya Singgah Kedai Makan & Dah Sampai Rumah?
Artiikel berkaitan: “Sayu ratapan ibu” – Kanak-kanak Hilang Di Sarawak Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh
Difahamkan, lelaki tersebut yang bernama Muhammad Daniel Haikal sudah hilang dua hari selepas berjumpa dengan pelanggan yang tidak dikenali untuk menyerahkan telefon pintar tersebut. Walau bagaimanapun, lelaki itu sempat video call dengan tunangnya di Facebook.
View this post on Instagram
Dalam video call itu, Daniel Haikal dilihat cemas berlari dan meminta tolong untuk selamatkannya. Dia berlari-lari mencari jalan keluar dari tempat itu sebelum video call itu terputus kerana telefon pintar yang digunakan telah kehabisan bateri.
Oleh sebab itu, dia tidak sempat memberitahu kepada tunangnya di mana lokasi dia berada. Melalui rekod jejak telefon pintarnya, lokasi terakhir video call menggunakan iPhone 11 Pro Max miliknya itu adalah di Georgetown, Pulau Pinang.
Di IG story @lameraheyra, dia juga ada berkongsi beberapa update mengenai anak buahnya itu yang masih belum dijumpai setakat artikel ini ditulis. Laporan polis juga telah dibuat berikutan kes ini.
Wanita ini juga meminta jasa baik pengguna media sosial yang lain menyebarkan berita berkenaan kisah ini.
Moga dipermudahkan urusan keluarga ini.
Sumber: Instagram